MALAYSIA

Kerajaan beri jaminan sekolah vernakular tidak akan ditutup

Umavathi Ramayah 09/12/2025 | 07:15 MYT
Fadhlina berkata kedudukan sekolah vernakular sudah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, justeru pengiktirafan tersebut tidak boleh dipertikai. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan menutup mana-mana sekolah vernakular termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negara ini.


Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan menjamin bahawa Kerajaan MADANI tidak akan menutup mana-mana sekolah vernakular termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negara ini kerana kedudukan sekolah vernakular sudah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan semua SJKT terus beroperasi tanpa gangguan, menegah berita tidak tepat yang mengatakan sekolah Tamil akan ditutup.
  • Fadhlina Sidek juga menyatakan bahawa beliau dan Timbalan Menteri sentiasa mempertahankan sekolah-sekolah vernakular, serta menyeru masyarakat agar tidak percaya berita tidak sahih dan semak dengan pihak berkuasa dahulu sebelum membuat kesimpulan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata kedudukan sekolah vernakular sudah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, justeru pengiktirafan tersebut tidak boleh dipertikai.

“Sejak awal saya dilantik sebagai Menteri Pendidikan, saya sudah maklumkan pengiktirafan sekolah vernakular berada di bawah Akta Pendidikan.

“Sebab itu saya dan Timbalan Menteri (Wong Kah Woh) sentiasa mempertahankan sekolah-sekolah vernakular,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada SJKT di SJK (T) Vivekananda, Brickfields, di sini, pada Selasa.

Selain itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menegaskan kerajaan komited memastikan semua SJKT terus beroperasi tanpa gangguan.

“Kadang-kadang kita dengar berita tidak tepat kononnya sekolah Tamil akan ditutup.

"Saya nak beri jaminan di hadapan Datuk Seri Ramanan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ramanan Ramakrishnan) dan semua yang hadir, Kerajaan MADANI tidak akan menutup mana-mana SJKT.

“Jangan percaya berita yang tidak sahih, semak dengan kami dahulu,” tegasnya.







Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah jaminan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berkaitan dengan sekolah vernakular seperti SJKT?
    A: Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan menutup mana-mana sekolah vernakular, termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), kerana kedudukan sekolah vernakular sudah terikat dalam Akta Pendidikan 1996.
  • Q: Mengapakah Menteri Pendidikan menegaskan kepentingan pengiktirafan sekolah vernakular?
    A: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan kepentingan pengiktirafan sekolah vernakular kerana ia sudah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 dan tidak boleh dipertikai.
  • Q: Apakah komitmen yang dinyatakan oleh kerajaan berkaitan dengan operasi SJKT?
    A: Kerajaan komited memastikan semua SJKT terus beroperasi tanpa gangguan, dan tidak akan menutup mana-mana SJKT seperti yang dijelaskan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.



#Fadhlina Sidek #Kementerian Pendidikan #sekolah vernakular