MALAYSIA
Kerajaan beri keutamaan muktamad sempadan maritim Malaysia-Indonesia - Mohamad
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rundingan ini adalah satu proses penting kerana sebarang keputusan hanya boleh dimeterai sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama - Foto/Fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memberi keutamaan untuk memuktamadkan isu persempadanan maritim antara Malaysia dan Indonesia, termasuk tuntutan meliputi sebahagian Laut Sulawesi.
Ringkasan AI
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rundingan ini adalah satu proses penting kerana sebarang keputusan hanya boleh dimeterai sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.
"Kalau kita sahaja bersetuju, dia (Indonesia) tak bersetuju tidak akan selesaikan masalah.
"Sebab itu jawatankuasa teknikal sentiasa berunding dan memastikan supaya dalam perundingan tersebut, hak dan kedaulatan negara khususnya Sabah, akan terus dipertahankan.
"Kedua, pihak Kementerian Luar dan Jabatan Maritim Malaysia untuk beri taklimat kepada Ahli Dewan Rakyat, dan Dewan Negara Sabah, itu tiada isu... Kita boleh cari tarikh yang sesuai," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Mohamad (BN-Rembau) menjawab soalan tambahan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) mengenai cadangan agar Malaysia memuktamadkan persempadan maritim di Zon Ekonomi Eksklusif dan pelantar benua.
Menjawab soalan asal Isnaraissah mengenai cadangan pembangunan bersama antara Malaysia dan Indonesia di kawasan Laut Sulawesi, Mohamad berkata ia masih berada di peringkat pertimbangan awal dan belum dimuktamadkan.
Jelas beliau, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan susulan pertemuan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia pada 27 Jun 2025, kedua-dua pihak kini sedang meneroka kemungkinan untuk menjalin kerjasama di kawasan maritim tersebut.
"Ini merupakan usaha-usaha awal kedua-dua pemimpin dalam mencari penyelesaian terbaik bagi kedua-dua negara.
"Buat masa ini, tidak ada apa-apa perkara yang diperincikan oleh kedua-dua negara.
"Walaubagaimanapun, seperti saya nyatakan, perkara ini masih dalam perbincangan awal kedua-dua negara dan sebarang keputusan yang diambil perlulah yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya lagi.
Mohamad menambah, dalam semangat hubungan baik dua hala dan kerjasama serantau, Malaysia dan Indonesia bersetuju bahawa usaha penyelesaian pertikaian tidak seharusnya menjejaskan keakraban dan hubungan strategik antara kedua-dua negara.
Menurut beliau, pertikaian tersebut perlu dilaksanakan berdasarkan prinsip saling menghormati dan perundingan secara damai.
"Kerajaan telah merancang beberapa langkah strategik bagi menangani isu ini secara holistik seperti memastikan penglibatan Kerajaan Negeri Sabah dalam sebarang keputusan berkaitan kawasan yang bersempadan atau memberi kesan langsung kepada Sabah.
"Melindungi kepentingan strategik dan keselamatan negara, khususnya berkaitan hak sumber asli, kawalan perairan, dan pengurusan ZEE," kata Mohamad.
Ringkasan AI
- Kerajaan memberi keutamaan kepada rundingan persempadanan maritim dengan Indonesia, termasuk tuntutan di Laut Sulawesi, dengan penekanan kepada persetujuan bersama dan perlindungan hak Sabah.
- Cadangan pembangunan bersama di kawasan Laut Sulawesi masih di peringkat awal dan belum dimuktamadkan, hasil pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia.
- Malaysia komited menyelesaikan isu secara damai dan strategik, termasuk melibatkan Kerajaan Negeri Sabah serta melindungi kepentingan negara dari segi sumber asli dan keselamatan perairan.