awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
[TERKINI] Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis baharu
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan beri perhatian isu berkaitan Sabah dan Sarawak - PM

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2021
13:39 MYT
Kerajaan beri perhatian isu berkaitan Sabah dan Sarawak - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada sambutan Hari Malaysia 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri menjelaskan kerajaan akan memperhalusi perkara-perkara yang perlu diselesaikan melalui rundingan menerusi Majlis Khas Perjanjian Malaysia (MA63) yang dipengerusikan oleh beliau.
Selain itu Majlis Khas MA63 itu turut dianggotai Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan lapan menteri persekutuan.
BACA: RM9.13 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak - PM
"Usaha ini membuktikan, kerajaan komited dalam memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan pelbagai perkara penting bagi negeri Sabah dan Sarawak.
"Kita perlu bersyukur, meskipun Malaysia sebuah negara yang negeri-negerinya terpisah oleh Laut China Selatan, setiap cabaran telah berjaya ditangani dan dihadapi dengan kerangka tindakan toleransi dan demokratik, berpaksikan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang," katanya ketika menyampaikan Perutusan Sempena Sambutan Hari Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menghayati dengan mendalam makna Hari Malaysia sebagai Keluarga Malaysia yang besar.
Katanya, perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa, selain integrasi nasional silang budaya, serta merentasi ideologi politik, adalah tunjang kekuatan sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Majlis Khas Perjanjian Malaysia
#MA63
#Sabah
#Sarawak
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan