awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan beri tempoh secukupnya sebelum laksana subsidi bersasar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/07/2023
07:53 MYT
Kerajaan beri tempoh secukupnya sebelum laksana subsidi bersasar
Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan meminta golongan ini bersedia kerana tidak mahu mereka terjejas. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Kerajaan memberikan tempoh secukupnya kepada semua pemain industri kecil bagi merancang pelan perniagaan masing-masing sebelum subsidi bersasar dilaksanakan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan meminta golongan ini bersedia kerana tidak mahu mereka terjejas.
Beliau berkata, kerajaan mahu melaksanakan sistem subsidi bersasar supaya ia sampai kepada golongan yang tepat termasuk minyak peket bersubsidi.
"KPDN memberikan beberapa pandangan konstruktif dan proaktif supaya pemain industri kecil minyak masak lebih ke hadapan dalam menentukan pelan bisnes mereka kerana dalam keadaan dunia yang kompetitif ini tidak ada satu industri yang boleh kekal dengan cara lama dan kebiasaan.
"Kita sedang tunggu Pangkalan Data Utama (PADU) menyiapkan data yang lebih konstruktif yang dijangka siap akhir tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Perasmian Persatuan Pengampit Minyak Masak Melayu Zon Utara dan Langkawi Borong Edar di Alor Senjaya, dekat sini, hari ini.
Salahuddin berkata lagi, tempoh masa paling singkat yang akan diberikan kepada semua pemain industri kecil adalah selama dua tahun bagi menentukan pelan bisnes mereka sebelum subsidi bersasar dilaksanakan.
Pada 18 Mei lalu, Salahuddin berkata pelaksanaan subsidi bersasar untuk diesel dijangka mula dilaksanakan pada tahun depan dan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang membabitkan beberapa kementerian bersetuju supaya satu pangkalan data bersepadu disiapkan bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar itu berkesan.
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#subsidi bersasar
#minyak masak
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan