awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bersikap adil dalam ambil tindakan, baik baju kuning atau merah - TPM

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
18/10/2016
05:52 MYT
Kerajaan bersikap adil dalam ambil tindakan, baik baju kuning atau merah - TPM
Menurut TPM, kerajaan akan bersikap adil dan tidak berkompromi terhadap mana-mana kumpulan sama ada baju kuning mahupun baju merah. - Foto fail Astro AWANI
Tindakan sewajarnya akan diambil ke atas mana-mana pihak atau kumpulan yang menyalahi undang-undang terutama Akta Perhimpunan Aman, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jelasnya, kerajaan akan bersikap adil dan tidak berkompromi terhadap mana-mana kumpulan sama ada baju kuning mahupun baju merah.
"Kerajaan berlaku adil dan kita melakukan undang-undang tidak berdasarkan pada warna sama ada kuning atau merah. Kalau ada pihak langgar undang-undang terutama dalam Akta Perhimpunan Aman, tindakan akan dilakukan sewajarnya. Kita ikut undang-undang," katanya semasa sidang media di lobi parlimen di sini hari ini.
Ditanya dakwaan Ketua Kumpulan Baju Merah yang juga Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus bahawa Bersih ada kaitan dengan Daish, tegasnya, beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.
Pada 8 Oktober lalu, kumpulan Baju Merah melontar telur ke atas dua penunggang motosikal yang memakai baju Bersih.
Terbaharu, wartawan The Star turut diserang oleh kumpulan anti-Bersih yang dipercayai ahli Baju Merah di Kuala Selangor.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Baju kuning
#Baju Merah
#Bersih
#TPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan