awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan berusaha selesaikan isu penyusutan ringgit - Tun Mahathir

Bernama
Bernama
30/11/2019
05:09 MYT
Kerajaan berusaha selesaikan isu penyusutan ringgit - Tun Mahathir
Kos sara hidup merupakan antara empat faktor yang menjadi kebimbangan utama dalam kalangan rakyat Malaysia, selain pekerjaan, ekonomi dan keselamatan.
Kerajaan berusaha mencari langkah untuk menyelesaikan isu penurunan ringgit memandangkan penyusutan nilai mata wang negara menjadi antara punca kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Satu daripada sebab (penurunan nilai ringgit) adalah pihak yang menurunkan nilai mata wang kita.
"Kalau dulu mata wang kita RM3.80 (AS$1) sekarang RM4.20 (AS$1). Oleh kerana nilai mata wang kita (turun) segalanya yang kita beli itu sudah menjadi lebih mahal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan ke-58 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai kajian Emir Research, sebuah organisasi pemikir bebas, yang menunjukkan Indeks Kerisauan Nasional (NWI) berada pada tahap 'maksimum'.
Kos sara hidup merupakan antara empat faktor yang menjadi kebimbangan utama dalam kalangan rakyat Malaysia, selain pekerjaan, ekonomi dan keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Mahathir Mohamad
#mata wang
#penyusutan ringgit
#ringgit
#sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan