awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan bincang cadangan pemberian moratorium kepada PKS - PM

Bernama
Bernama
12/09/2022
10:00 MYT
Kerajaan bincang cadangan pemberian moratorium kepada PKS - PM
Kerajaan akan membincangkan cadangan pemberian moratorium kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan kementerian berkaitan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membincangkan cadangan pemberian moratorium kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan itu akan melibatkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
"Kita bincang. Saya tak boleh jawab macam itu sahaja. Kita akan bincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri Kewangan," katanya selepas majlis pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mencadangkan pemberian moratorium kepada PKS terutama mereka yang masih bergelut untuk pulih semasa pasca COVID-19.
Muhyiddin sebelum ini mencadangkan pemberian moratorium kepada PKS memandangkan sektor itu belum pulih sepenuhnya dan ditambah dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#moratorium khas
#perusahaan kecil dan sederhana
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan