KOTA KINABALU: Kerajaan akan membuat penilaian dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan gangguan lebih besar berkaitan isu bekalan gula putih bertapis di pasaran tempatan menjelang tahun depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Mohd Armizan Mohd Ali berkata penilaian dan tindakan itu dibuat berdasarkan faktor harga munasabah selain memastikan bekalan gula stabil di pasaran, justeru kerajaan ketika ini meneliti penyelesaian bagi menangani isu berkenaan untuk tempoh jangka panjang.
"Tidak dinafikan gangguan bekalan gula putih bertapis yang berharga RM2.85 sekilogram berlaku disebabkan faktor kenaikan harga gula mentah di pasaran dunia. Kerajaan hanya mengawal harga gula putih bertapis pada harga itu tanpa memberikan subsidi kepada para pengilang.
"Sejak Julai lepas, KPDN (kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) telah mengambil pendekatan melonggarkan syarat permit import dengan membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mengimport gula," katanya pada sidang media selepas program Jualan Rahmah di sini semalam.
Beliau berkata sebanyak 43 syarikat telah diberikan permit kelulusan kuota import dengan jumlah 557,080 tan metrik bagi membolehkan pengimport mencari sumber bekalan gula mentah pada kadar yang rendah.
Armizan berkata bagaimanapun setakat 12 Dis lepas, hanya lima peratus bekalan gula berjaya dibawa masuk ke negara ini namun ia adalah untuk kegunaan sendiri walaupun kelonggaran telah diberikan.
"KPDN masih membuka ruang kelonggaran permit import secara bersyarat, sekiranya mana-mana pihak boleh membawa masuk dan menjual gula bertapis pada harga RM2.85 sila mohon dan kita akan berikan kelulusan segera," katanya.
Beliau juga berkata mulai tahun depan, barangan basah akan turut dibekalkan dalam program Jualan Rahmah dengan kerjasama peniaga pasar awam dan pasar basah.
Armizan berkata hasil kajian mengenai impak Jualan Rahmah menunjukkan hampir 80 peratus respons daripada rakyat adalah positif dan mereka mahu ia diteruskan selain terdapat beberapa cadangan untuk menambah baik program itu seperti penjadualan waktu jualan diumumkan lebih awal.
"Kita akan sentiasa tambah baik pelaksanaan program Jualan Rahmah dengan mengambil kira respons daripada rakyat dan peniaga-peniaga," katanya.
Beliau juga berkata KPDN sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani kenaikan harga membabitkan pelitup muka, cecair sanitasi dan kit ujian COVID-19 apabila berlaku peningkatan kes itu.
Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Dis mencatat 20,696 kes COVID-19 meningkat 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Armizan ketika merasmikan Jualan Rahmah dan Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas di pekarangan Kedai Kepayan Rumah Murah Kota Kinabalu 21 Dis 2023. --fotoBERNAMA
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan dalam Op Tiris 3.0 - Armizan
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
KPDN lantik lebih 2,000 peruncit, pemborong untuk pastikan bekalan hadapi MTL
Langkah itu antara pelan kontingensi banjir bagi memastikan bekalan keperluan mencukupi, mudah diperoleh serta dijual pada harga ditetapkan.
Sindiket minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan di Selangor
Sejumlah 14,340 kg minyak masak bersubsidi disita, ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container.
Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,pihaknya sudah mengeluarkan notis dibawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011(AKHAP 2011) kepada persatuan itu.
Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).
Tender naik taraf Jalan Lok Kawi dibuka Januari tahun depan - Armizan
Tender bagi menaik taraf Jalan Lok Kawi akan dibuka pada Januari tahun depan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu, kata Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.