KOTA BHARU: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata penggunaan kolar penjejak menggunakan teknologi satelit itu dapat mengesan sekiranya hidupan liar itu berpindah ke kawasan lain atau keluar dari habitat asal.
"Kita juga telah mengarahkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengkaji penggunaan kolar penjejak berkenaan terhadap Harimau Malaya seperti yang digunakan terhadap gajah liar sebelum ini."
Sekiranya berkesan kita juga mahu gunakan kolar penjejak ini kepada Harimau Malaya supaya boleh jejak keberadaan haiwan tersebut," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan kelab di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu berkata kerajaan memandang serius untuk melindungi Harimau Malaya daripada terancam dan pelbagai tindakan diambil untuk menyeimbangkan kepentingan pembangunan dan kelestarian alam.
"Kita sedar tentang perkara ini malahan kita telah mengambil tindakan yang luar biasa untuk menyelamatkan hidupan liar seperti baru-baru ini Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat membincangkan mengenai isu ini selain saya juga telah membawa pindaan Akta Perhilitan pada Disember tahun lalu dengan meningkatkan jumlah denda kepada mereka yang melakukan kesalahan terhadap hidupan liar," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai isu harimau berkeliaran di Pos Bihai, Gua Musang baru-baru ini dipercayai aktiviti pembalakan, Takiyuddin berkata setiap kerajaan negeri diberikan kuasa mengikut undang-undang yang telah ditetapkan untuk menebang balak setiap tahun.
"Kerajaan negeri mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana setiap tahun kerajaan negeri diberi kuasa untuk menebang balak menerusi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) sebagai sumber ekonomi tetapi perlu ada penanaman semula dan mempunyai kawalan agar tidak menjejaskan habitat hidupan liar dan sebagainya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, kemeriahan sambutan perayaan menuai padi dan menangkap ikan sungai masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Sau, Pos Bihai di sini bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut dibaham harimau pada 7 Jan lepas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi, mangsa, Anek Along, 59, dikatakan sedang menumbuk padi huma di belakang rumahnya namun didapati hilang sebelum mayatnya dijumpai penduduk di dalam hutan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu. - Gambar fail/BERNAMA

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Pan Gon 'terpikat' potensi Shahrul Nizam
Pemain itu berpeluang untuk menilai potensinya dalam melengkapkan senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pada Jumaat.

Pan Gon panggil 29 pemain ke kem latihan skuad Harimau Malaya
Sebagai persiapan untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E, serta dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1.

Sukan SEA: Maloney harap kelab penuhi janji lepas pemain
Maloney percaya anak buahnya akan melaporkan diri untuk latihan pusat Sukan SEA sebelum 1 Mei, seperti yang dijanjikan kelab-kelab sebelum 1 Mei, seperti yang dijanjikan kelab-kelab sebelum ini.

Kelayakan Piala Asia: Myanmar, Hong Kong uji Harimau Malaya
Malaysia yang berkedudukan ke-154 dunia itu akan diuji Myanmar (152) pada 27 Mac, sebelum bertemu Hong Kong (147) pada 1 Jun.

Tiada naturalisasi, tiada masalah
Beliau tidak melihat kedua-dua pemain naturalisasi itu memberi impak kepada persembahan pasukan kebangsaan.

Jangan taksub majukan prasarana hingga musnahkan alam sekitar - Sultan Nazrin
Pelbagai bencana alam yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini hendaklah ditafsirkan sebagai peringatan Ilahi kepada manusia.

Sabar... Pan Gon berusaha tumpu identiti baharu Harimau Malaya
"Saya fikir kadangkala situasi ini berlaku, kita boleh belajar sesuatu daripadanya. Bagi saya, ia adalah permainan ujian yang sangat bagus."

Skuad kendalian Pan Gon tewas 2-1 kepada Singapura
Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan tipis 2-1 kepada Singapura pada aksi persahabatan antarabangsa Siri Tiga-Negara FAS 2022 di Stadium Nasional, Singapura malam ini.

Bola sepak persahabatan: Pan Gon teruskan ujikaji dalam pertemuan dengan Singapura
Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak negara Kim Pan Gon mahu meneruskan ujikajinya dengan anak-anak buahnya pada pertemuan dengan Singapura dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier-1 , sarin

Jangan buat provokasi tembak Harimau Malaya masuk kampung - Takiyuddin
Tindakan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti diserang oleh haiwan tersebut.