Kerajaan bercadang membentangkan pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pada sesi Parlimen, November ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata antara pindaan Akta 505 itu melibatkan tadbir urus agensi agama di Wilayah Persekutuan, memperkukuh tadbir urus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, isu berkaitan mahkamah syariah, isu berkaitan tadbir urus pejabat mufti Wilayah Persekutuan termasuk kaedah pengeluaran fatwa.
"Ia (Akta 505) akan ditambah baik dari pelbagai segi dan ia akan diperhalusi," katanya kepada media selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada 10 Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil bagi tempoh tiga tahun yang berkuat kuasa dari 16 Ogos lepas hingga 15 Ogos 2023, di sini pada Rabu.
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman dilantik sebagai pengerusi ahli jawatankuasa tersebut.
Zulkifli berkata ahli jawatankuasa yang baru dilantik itu akan membincangkan dengan lebih mendalam berkenaan pindaan di bawah Akta 505 dalam mesyuarat yang berlangsung selama lima hari, bermula Rabu sebelum dibentangkan di Parlimen.
Dalam ucapannya, Zulkifli berkata selain Akta 505, mesyuarat jawatankuasa teknikal kali ini akan turut membincangkan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
"Walaupun terdapat 10 negeri lain yang telah menggubal undang-undang yang sama bagi negeri masing-masing, namun terdapat halangan dari segi penguatkuasaan undang-undang tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 02 2020
Zulkifli menyampaikan surat perlantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil JAKIM kepada Sheikh Ghazali (kiri) di Sepang, 2 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
Kerajaan cadang tambah baik Akta 505 - Zulkifli
Zulkifli berkata ahli jawatankuasa yang baru dilantik itu akan membincangkan dengan lebih mendalam berkenaan pindaan di bawah Akta 505 dalam mesyuarat yang berlangsung selama lima hari.