MALAYSIA
Kerajaan cadang tambah penubuhan mahkamah laut, percepat selesai kes jenayah maritim
Azalina (tengah)hadir pada Majlis Penyerahan Projek Mahkamah Pengerang Johor di Mahkamah Pengerang Johor hari ini. - Foto Bernama
KOTA TINGGI: Kerajaan bercadang memperluas penubuhan mahkamah laut di beberapa lokasi berhampiran pelabuhan negara bagi mengendalikan pertambahan kes berkaitan perundangan laut selaras dengan peningkatan aktiviti perdagangan maritim.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ketika ini hanya ada satu mahkamah sedemikian beroperasi di Kuala Lumpur dan langkah memperluaskannya dilihat penting untuk memastikan kes-kes maritim dapat diselesaikan dengan lebih efisien.
Azalina berkata antara lokasi yang sedang dipertimbangkan termasuk di bahagian selatan Johor, Sabah dan Sarawak serta di utara negara seperti Langkawi atau Pulau Pinang.
"Menteri Pengangkutan Anthony Loke ada kemukakan cadangan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) berhubung perkara ini.
"Kalau kita nak bawa undang-undang baharu (maritim) pada persidangan Parlimen, insya-Allah tahun depan, kita mesti sediakan struktur mahkamah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Mahkamah Pengerang di sini hari ini.
Beliau berkata usaha menambah bilangan mahkamah laut itu juga antara persediaan awal sebelum pembentangan undang-undang berkaitan maritim oleh MOT di Parlimen, dijangka awal tahun depan.
Azalina berkata infrasturuktur mahkamah penting bagi memastikan pelaksanaan undang-undang baharu dapat dijalankan dengan lebih berkesan apabila digubal kelak.
Menurut beliau, walaupun ada yang mengatakan jumlah kes maritim masih kecil, namun situasi sebenar menunjukkan peningkatan seiring pertumbuhan perdagangan laut negara.
"Orang kata tak banyak kes, tapi itu tidak betul. Kes maritim akan terus bertambah kerana perdagangan dan penggunaan laluan laut semakin meningkat," katanya, yang juga Ahli Parlimen Pengerang.
Mahkamah Pengerang yang dibina pada Mei 2022 dengan kos kira-kira RM17 juta dan siap sepenuhnya pada Ogos lepas, dijangka memulakan operasi pada 1 Nov ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan bercadang tambah mahkamah laut di lokasi strategik seperti Johor Selatan, Sabah, Sarawak, Langkawi atau Pulau Pinang bagi mengurus pertambahan kes maritim selaras dengan peningkatan perdagangan laut.
- Azalina Othman Said jelaskan langkah ini sebagai persediaan sebelum pembentangan undang-undang maritim baharu di Parlimen tahun depan, dengan kerjasama Kementerian
- Pengangkutan dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang. Mahkamah Pengerang siap dibina dengan kos RM17 juta dan dijangka beroperasi 1 November, menandakan usaha kerajaan memperkukuh infrastruktur kehakiman berkaitan maritim.