awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cari jalan kurangkan kesan kenaikan elektrik dan tol - Najib

Bernama
Bernama
20/12/2013
10:39 MYT
Kerajaan cari jalan kurangkan kesan kenaikan elektrik dan tol - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan para sukarelawan dan mangsa banjir pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini Jumaat. -- Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.
"Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.
"Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya," kata perdana menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini Jumaat.
Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.
"Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim, (dan) yang guna tiap-tiap hari, mungkin kita beri kadar lebih rendah dan murah, (ini) semua kita (kerajaan) sedang tengokkan (fikirkan)," kata Najib
Perdana menteri berkata lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.
Beliau juga menegaskan pada hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kosa sara hidup
#Najib Tun Razak
#tarif elektrik
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan