awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cari kaedah terbaik bayar royalti minyak kepada Kelantan - Tun Mahathir

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/11/2018
10:22 MYT
Kerajaan cari kaedah terbaik bayar royalti minyak kepada Kelantan - Tun Mahathir
Menurut Tun Mahathir, kerajaan akan meneliti kaedah terbaik supaya Kelantan dapat menikmati hasil tuntutan royalti yang dikemukakan. - Foto Bernama
Kerajaan masih meneliti tuntutan royalti petroleum yang dikemukakan kerajaan Kelantan sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu.
Beliau menjelaskan, pengiraan tuntutan sebelum ini ialah 20 peratus hasil pengeluaran keseluruhan, namun jumlah itu dilihat tidak munasabah dan membebankan syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Justeru itu kerajaan akan meneliti kaedah terbaik supaya Kelantan dapat menikmati hasil tuntutan royalti yang dikemukakan.
“Kita sedang berusaha bagaimana hendak beri royalti kepada Kelantan. Caranya belum tentu lagi. 20 peratus bukan dari keseluruhan, tetapi 20 peratus dari keuntungan, mereka (Kerajaan Negeri Kelantan) tidak bersetuju.
“Mereka hendak jadikan sebahagian kos keseluruhan bermakna 40 peratus. Petronas akan bankrap,” katanya di sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pakatan Harapan (PH) Kelantan di sini siang tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembayaran royalti minyak sebanyak lima peratus yang dituntut oleh Kerajaan Pas Kelantan.
Sebelum ini kerajaan PH dalam manifestonya Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) antara lain berjanji untuk mengembalikan 20 peratus royalti tuntutan petroleum oleh kerajaan negeri itu.
Menyentuh mengenai nasib nelayan, petani dan pekebun kecil yang bakal terjejas pada musim tengkujuh ini, beliau berkata kerajaan akan mencari kaedah sesuai untuk membantu mereka.
Topic Berkaitan
#minyak
#Pakatan Harapan
#Petronas
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#royalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan