awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan cuai, Melayu miskin punca tanah banyak tergadai - Tun M

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
23/07/2022
00:00 MYT
Kerajaan cuai, Melayu miskin punca tanah banyak tergadai - Tun M
Dr Mahathir berkata sudah tiba masanya kerajaan dan pemimpin politik mula menitikberatkan hal ini dan tidak hanya berdiam diri. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Akibat kesempitan wang dan situasi ekonomi yang mendesak, orang Melayu memilih untuk menggadai tanah demi meneruskan kelangsungan hidup.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, situasi ini lebih drastik berlaku ketika pandemik COVID-19 melanda negara, dan ia lebih parah apabila pihak kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.
“Sekarang ini penjualan tanah begitu banyak sekali, hampir semua tanah yang ada termasuk yang dirizab pun dijual, dan bila jadi pandemik seumpamanya ramai tiada punca pendapatan.
“Yang ada pada mereka hanya tanah yang sedikit dan aset itu juga dijual dan proses ini semakin cepat.
“Hal ini berlaku kerana rata-rata orang Melayu miskin, kadang-kadang mereka ini tiada punca pendapatan yang lain, jadi yang ada hanya harta, jadi mereka jual harta mereka.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program “Di Sebalik Isu Bersama FY: Mengapa Melayu Jual Tanah" terbitan Sinar Harian pada Jumaat.
Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, sudah tiba masanya kerajaan dan pemimpin politik mula menitikberatkan hal ini dan tidak hanya berdiam diri.
“Pemimpin, mereka secara senyap membenar penjualan tanah tanpa ganti. Kalau ada ganti pun, ia berada di tempat yang tidak sama dengan tanah yang dijual.
“Umpamanya kalau tanah itu mempunyai bijih, penggantinya tiada bijih. Itu yang berlaku, dan kita mendapati bahawa kakitangan kerajaan kekadang tidak begitu mengambil berat tentang penjualan tanah ini.
“Apabila kita mempunyai ahli politik yang menjadi kerajaan mereka mendiam diri, mereka tahu ini berlaku tapi tidak berbuat apa-apa sebaliknya membenarkan perkara ini yang salah dari segi undang-undang berlaku,” tambah Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#isu penjualan tanah
#Melayu miskin
#tiada punca pendapatan lain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan