awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan dalam proses akhir wartakan pemakaian pelitup separuh muka - Timbalan menteri

Bernama
Bernama
22/07/2020
08:18 MYT
Kerajaan dalam proses akhir wartakan pemakaian pelitup separuh muka - Timbalan menteri
Perincian mengenai perkara itu akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan. - Gambar AFP
Kerajaan kini dalam proses akhir sebelum mewartakan arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam bagi mengekang penularan COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata pihak berkuasa sedang berbincang bagi menetapkan tarikh perwartaan itu yang dijangka tidak lama lagi.
"Sementara itu, kita galakkan orang ramai memakai mask (pelitup separuh muka di tempat awam)," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin berkata kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam susulan ancaman COVID-19 masih belum berakhir.
Katanya perincian mengenai perkara itu akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan kerajaan.
Media melaporkan susulan peningkatan semula kes jangkitan COVID-19 di peringkat global, beberapa negara mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam, termasuk Singapura yang pada April lepas mewajibkan semua orang di negara itu berpelitup separuh muka apabila keluar rumah.
Topic Berkaitan
#kerajaan
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan