awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan di peringkat perolehan akhir tambah lagi 23.9 juta dos vaksin - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
23/12/2020
07:40 MYT
Kerajaan di peringkat perolehan akhir tambah lagi 23.9 juta dos vaksin - Khairy
Tambah Khairy, jumlah keseluruhan liputan vaksin ketika ini adalah 82.8 peratus, iaitu bersamaan 26.5 juta rakyat di negara ini. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Kerajaan kini dalam peringkat perolehan fasa akhir untuk mendapatkan lagi 23.9 juta dos vaksin, yang merangkumi 42.8 peratus populasi rakyat di negara ini.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, perjanjian itu melibatkan syarikat farmaseutikal Sinovac, CanSinoBIO dari China dan The Gamaleya Institute dari Rusia.
“Kita tambah lagi (perolehan dos) untuk 42.8 peratus populasi negara, yang kita perolehi melalui tiga syarikat ini.
“14 juta dos dari Sinovac (ini) cukup untuk 7 juta rakyat Malaysia bersamaan 22 peratus populasi. Sinovac akan kerjasama dengan pengeluar tempatan dimana vaksin tersebut akan dibotolkan di Malaysia.
“Kerajaan juga sedang mendapatkan 3.5 juta dos dari CanSinoBIO, vaksin ini menarik kerana hanya satu dos bukan dua (bersamaan 10.9 peratus populasi).
“Kerajaan sedang mendapatkan 6.4 juta dos dari Sputnik V , ini adalah dua dos vaksin,” katanya, merujuk kepada keperluan lagi 3.2 juta orang (10 peratus populasi).
Tambah Khairy, jumlah keseluruhan liputan vaksin ketika ini adalah 82.8 peratus, iaitu bersamaan 26.5 juta rakyat di negara ini.
“Kerajaan setakat ini memberi komitmen perbelanjaan RM2.05 bilion, dan ini adalah untuk keseluruhan perjanjian COVAX, Pfizer, AstraZeneca dan juga tiga syarikat tadi.
“(Peruntukan) bukan untuk Pfizer sahaja. Jumlah RM3 bilion itu adalah anggaran apabila saya dapat daripada Menteri Kewangan sebelum ini,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan perolehan vaksin di Putrajaya pada Rabu.
BACA: Khairy sedia beri taklimat terperinci berkenaan kos vaksin COVID-19 kepada PAC
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#pandemik
#rakyat Malaysia
#vaksin
#Menteri Sains Teknologi dan Inovasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan