MALAYSIA
Kerajaan dibenar tangguh bayar RM31 juta, RM10,000 sehari kepada Pastor Koh, isteri
Pastor Raymond Koh. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, membenarkan Kerajaan Malaysia dan 12 pihak lain menangguhkan bayaran pampasan lebih RM31 juta kepada Pastor Raymond Koh dan RM3 juta buat isterinya, Susanna Liew Sow Yoke berhubung dakwaan penglibatan dalam kes penculikannya, sembilan tahun lalu.
Ringkasan AI
Hakim, Mahazan Mat Taib membuat keputusan itu selepas mendapati, kerajaan dan 12 yang lain selaku pemohon berjaya menunjukkan terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan penangguhan bayaran ganti rugi, sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Katanya, mahkamah membenarkan permohonan penangguhan bayaran ganti rugi itu mengikut Aturan 45 Kaedah 11, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Berdasarkan keputusan berkenaan, beliau berkata, tiada prejudis atas dasar keadilan berlaku terhadap Raymond dan Susanna, 70, jika penangguhan diberikan.
Hakim itu berkata, ganti rugi tidak akan dibayar kepada Raymond selaku responden pertama dalam apa jua keadaan.
“Mahkamah berpendapat, penolakan penangguhan akan menimbulkan implikasi serius terhadap pengurusan dana awam.
“Penolakan penangguhan akan mendedahkan pemohon kepada pentadbiran dan kewangan yang tidak dapat dipulihkan walaupun ketika prosiding rayuan berjalan,” katanya.
Katanya, dengan mempertimbangkan semua keadaan, mahkamah berpuas hati bahawa keseimbangan keadilan jelas memihak kepada pemeliharaan status quo, sementara menunggu keputusan rayuan.
Hakim turut mengambil maklum bahawa Raymond masih hilang dan sekiranya pembayaran diteruskan, beliau tidak akan dapat menerima ganti rugi yang diberikan pada peringkat ini berdasarkan terma nyata penghakiman itu sendiri.
“Wang berkenaan akan dibekukan dalam akaun Amanah Raya Berhad sementara menunggu keputusan rayuan atau sehingga keberadaannya diketahui.
“Oleh itu, responden pertama tidak akan menikmati manfaat yang berguna daripada ganti rugi yang diberikan,” katanya.
Hingga tarikh keputusan tersebut, jumlah pampasan kepada Raymond sudah mencecah RM32.7 juta.
Pada 13 Februari 2017, Raymond yang lebih dikenali sebagai Pastor Koh memandu keluar dari rumah di Petaling Jaya, menuju ke rumah rakannya.
Di pertengahan jalan, Raymond diculik ketika memandu di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya dan sehingga kini beliau telah hilang selama 3,269 hari.
Ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa lima lelaki bertopeng berpakaian seragam hitam menyerupai anggota tentera telah menarik Raymond keluar dari kenderaannya.
Isteri Raymond, Susanna Liew kemudiannya memfailkan saman terhadap kerajaan dan polis berhubung dakwaan penglibatan pihak berkuasa dalam kehilangan suaminya serta kelemahan siasatan terhadap kes tersebut.
Pada 24 September 2024, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Raymond yang diserahkan kepada keluarga dan peguam telah diubah.
KDN dalam kenyataan menjelaskan bahawa laporan tersebut merupakan dokumen milik kerajaan yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017).
Pada 2019, kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas itu untuk menyiasat kes kehilangan Raymond yang diculik pada 2017 serta aktivis sosial, Amri Che Mat, yang hilang pada 2016.
Dalam prosiding sama, hakim turut memerintahkan kerajaan dan pihak polis membayar ganti rugi melebihi RM3 juta kepada isteri Amri, Noorhayati Mohd Ariffin berhubung kehilangan aktivis itu sembilan tahun lalu.
Perintah tersebut meliputi ganti rugi am dan teruk RM2 juta, ganti rugi teladan RM1 juta serta ganti rugi khas RM14,457.52.
Pada 5 November 2025, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Tiang Joo mengarahkan kerajaan dan 12 pihak membayar RM10,000 sehari mulai 13 Februari 2017 dari kehilangan sehingga keberadaannya didedahkan.
Bayaran itu perlu dibuat kepada Raymond yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Harapan Komuniti selepas membenarkan saman lelaki itu dan Susanna.. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan bayaran pampasan lebih RM31 juta kepada Pastor Raymond Koh dan RM3 juta buat isterinya, Susanna Liew Sow Yoke berhubung dakwaan penglibatan dalam kes penculikan sembilan tahun lalu.
- Keputusan penangguhan bayaran itu dibuat berdasarkan Aturan 45 Kaedah 11, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tanpa menjejaskan dasar keadilan terhadap Raymond dan Susanna.
- Hakim juga memerintahkan kerajaan dan pihak polis membayar ganti rugi melebihi RM3 juta kepada isteri Amri Che Mat berhubung kehilangan aktivis itu sembilan tahun lalu, termasuk ganti rugi am dan teruk RM2 juta serta ganti rugi teladan RM1 juta.