MALAYSIA
Kerajaan dibenar tangguh bayaran ganti rugi lebih RM37 juta kepada keluarga Raymond Koh
Isteri Pastor Raymond Koh, Susanna Liew Sow Yoke hadir di mahkamah hari ini bagi mendengar keputusan sama ada kerajaan dibenarkan menangguhkan pembayaran ganti rugi kepada keluarga. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan bagi menangguhkan pelaksanaan bayaran ganti rugi lebih RM37 juta kepada keluarga pastor Raymond Koh.
Hakim Mahazan Mat Taib ketika menyampaikan keputusan berkata kerajaan berjaya membuktikan keadaan khas bagi membenarkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
"Berdasarkan imbangan keadilan, saya berpuas hati bahawa tiada sebarang kerugian material dibuktikan oleh pihak plaintif sekiranya penangguhan pelaksanaan diberikan," katanya.
Hakim berkata pengeluaran dana berkenaan, walaupun diluluskan, tidak selaras peraturan dan prosedur kewangan yang mengawal dana awam.
Beliau berkata peruntukan kerajaan melibatkan pelbagai peringkat pengawasan perakaunan dan audit, yang tidak boleh diproses dengan cara sama seperti urusan peribadi.
Oleh itu, mahkamah mengakui bahawa dari sudut praktikal, pembayaran berkenaan adalah luar biasa dan rumit dari segi petadbiran.
Hakim berkata setelah menimbang semua keadaan, beliau berpuas hati bahawa imbangan keadilan memihak kepada mengekalkan status quo semenytara menunggu rayuan.
Pada 5 Nov tahun lepas, Hakim Mahkamat Tinggi di sini Datuk Su Tiang Joo memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi lebih RM37 juta kepada isteri Koh, Susanna Liew Sow Yoke selepas membenarkan saman difailkan wanita itu berhubung kehilangan Koh.
Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada hari berikutnya.
Liew memfailkan saman itu terhadap polis dan kerajaan berhubung kehilangan suaminya serta cara pihak berkuasa menyiasat kes tersebut.
Koh dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bertopeng ketika memandu di Kelana jaya dekat sini pada 13 Feb 2017.
-- BERNAMA