KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang memberikan geran tetap kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang terlibat dalam menangani masalah penagihan dadah di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pada masa ini, bantuan yang diberi kepada NGO dan persatuan terlibat adalah berdasarkan keadaan.
"Kerajaan ada bagi bantuan tetapi mengikut keadaan, yang tetap tak ada. Saya berpendapat kerajaan patut memberikan geran tetap dan geran berpatutan untuk NGO yang mahu membantu. Penagihan dadah adalah satu penyakit.
"Jadi maknanya Kementerian Kesihatan (KKM) kena ambil berat kerana ia melibatkan rawatan mental juga. Saya berpendapat kerajaan sepatutnya ambil tindakan dan memberi dana lebih berpatutan untuk membantu," katanya kepada media pada majlis berbuka puasa bersama Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) pada Selasa.
Dr Noor Azmi ketika berucap turut memaklumkan KKM sedang berusaha mendapatkan dana berjumlah RM70,000 untuk rawatan kesihatan mental akibat penyalahgunaan dadah.
Sementara itu, Presiden Pengasih Ramli Abdul Samad berkata 70 peratus penagih dadah mempunyai kaitan dengan kesihatan dan gangguan mental.
Oleh itu, beliau berharap KKM dapat menyalurkan bantuan kewangan bagi membolehkan persatuan itu menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan susulan untuk permasalahan mental pesakit di Pengasih.
"Kebanyakan (pesakit) datang (ke sini) dengan komplikasi mental. Agensi Antidadah Kebangsaan tak terima klien yang ada masalah mental. Jadi, Pengasih bersedia bekerjasama dengan KKM untuk isu ini.
"Kami juga mengharapkan bantuan dari segi belanjawan untuk kami beri perkhidmatan itu. Kami harap kerajaan melihat perkara ini dengan serius," katanya sambil memberitahu Pengasih Kuala Lumpur kini mempunyai 60 penghuni.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021
Dr Noor Azmi berkata pada masa ini, bantuan yang diberi kepada NGO dan persatuan terlibat adalah berdasarkan keadaan. - BERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.
Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."
Malaysia kongsi kemajuan DRR pada APMCDRR di Manila - Ahmad Zahid
Malaysia telah berkongsi kemajuan dalam DRR dengan mengetengahkan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 pada APMCDRR di Manila, Filipina.
Malaysia disaran anjur persidangan untuk satukan pemimpin belia Islam perjuangkan isu Palestin
Persidangan itu mampu menjadi satu bentuk kerjasama penting, di samping memupuk kewujudan satu barisan hadapan bersepadu.
MAIM komited bantu golongan mualaf
Kerajaan negeri menerusi MAIM bersama pelbagai NGO Muslim sentiasa komited menjaga kebajikan golongan mualaf bagi memastikan mereka mendapat bimbingan sewajarnya.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Eksploitasi kanak-kanak: PDRM pantau Global Ikhwan, terima 4 laporan polis di Selangor
Sebuah pertubuhan yang disiasat polis berhubung dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak antara lapan kumpulan yang dipantau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
KPWKM tumpu pengukuhan nilai keluarga dan masyarakat pada 2025 menerusi lima inisiatif utama
KPWKM memberi tumpuan utama untuk menerajui pengukuhan nilai-nilai keluarga dan masyarakat melalui lima inisiatif utama pada 2025.