NATIONAL
Kerajaan dicadang gubal Akta TVET - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan menggubal akta itu bagi memastikan gaji graduan TVET selaras dengan kehendak pasaran masa kini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Akta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dicadang digubal bagi memperkasakan ekosistem pendidikan baharu negara itu.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan menggubal akta itu bagi memastikan gaji graduan TVET selaras dengan kehendak pasaran masa kini.
Cadangan itu disuarakan sebagai langkah bagi memastikan koordinasi lebih mantap antara 12 kementerian yang terlibat secara langsung dalam penyampaian pendidikan tersebut.
“Penggubalan Akta TVET yang dicadangkan agar pendidikan ini yang merupakan ekosistem pendidikan baharu yang disarankan oleh kongres ini, akan dapat melihat bahawa ekosistem pendidikan baharu ini dapat dikordinasi dengan 12 kementerian yang terlubat dalam pendidikan TVET." katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sesi Pemukiman Setahun Selepas Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan juga dicadangkan supaya menaik taraf Majlis TVET Negara menjadi Suruhanjaya TVET untuk memperkasa dan memperkukuhkan fungsi sedia ada khusus berkaitan pendidikan berkenaan.
"Di samping itu telah disaran mewujudkan Suruhanjaya TVET yang merupakan penubuhan agensi baharu yang memerlukan tenaga penjawat awam baharu.
“Beberapa perkara penting yang dibincangkan antaranya ialah penggubalan Akta TVET yang dicadangkan supaya pendidikan TVET menjadi ekosistem pendidikan baharu seperti disarankan oleh KEB.
"Suruhanjaya ini bukan satu entiti baharu yang memerlukan tambahan penjawat awam atau peruntukan besar sebaliknya, ia bertindak menyelaras dan mengoptimumkan fungsi sedia ada secara lebih berfokus.
"Ini juga untuk memastikan ekosistem pendidikan baharu ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkoordinasi oleh seluruh 12 kementerian yang terbabit dalam dalam pendidikan TVET ini," jelasnya.
Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, kerajaan dijangka membentangkan pindaan terhadap Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) pada sidang Parlimen hujung tahun ini.
"Begitu juga dicadangkan supaya Pusat Data Bumiputera dan Dashboard Ekonomi Bumiputera diwujudkan dengan segera, malah saya sudah melantik Tan Sri Prof Dr Noor Azlan Ghazali (Ketua Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan) untuk menjadi pengerusi kepada kedua-duanya," katanya lagi.
Ringkasan AI
- Kerajaan dicadang menggubal Akta TVET bagi memperkukuh ekosistem pendidikan dan selaras gaji graduan dengan keperluan pasaran.
- Cadangan ini bertujuan menyelaras peranan 12 kementerian yang terlibat dalam pendidikan TVET.
- Majlis TVET Negara juga dicadang ditingkatkan kepada Suruhanjaya TVET bagi memperkasa fungsi sedia ada tanpa penambahan besar kakitangan awam.