awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan dicadang tubuh majlis perunding khas kaji laporan PBB

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/08/2019
10:26 MYT
Kerajaan dicadang tubuh majlis perunding khas kaji laporan PBB
Dr. Denison Jayasooria berkata, laporan PBB berkenaan sekali gus menjadi pembuka mata bahawa pentadbiran kerajaan tidak seharusnya ambil ringan dan menyembunyikan fakta sebenar.
Kerajaan dicadang menubuhkan suruhanjaya atau majlis perunding khas bagi mengkaji laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa peratusan kemiskinan di Malaysia adalah 15 peratus dan bukan 0.4 peratus seperti yang dilaporkan pada 2016.
Felo Utama Institut Kebangsaan Kajian Etnik (KITA), Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria berkata, laporan berkenaan sekali gus menjadi pembuka mata bahawa pentadbiran kerajaan tidak seharusnya ambil ringan dan menyembunyikan fakta sebenar untuk kepentingan tertentu.
"Pakatan Harapan perlu menubuhkan suruhanjaya atau majlis perunding khas bagi mengkaji laporan berkenaan. Ini adalah laporan yang buruk mengenai Malaysia dan kerajaan baharu ini perlu mengambil serius perkara berkenaan
"Tubuhkan majlis perundingan dan bawa semua aktivis, golongan akademik yang melakukan kajian ke atas kemiskinan. Pada masa sama, libatkan ahli politik semua parti untuk mengkaji laporan berkenaan. Turun ke bawah dan jumpa semua masyarakat," katanya.
Menurut beliau, kerajaan Pakatan Harapan perlu menggunakan data-data baharu dengan bersandarkan pada kajian yang teliti dan mendalam.
"Hasil kajian data kemiskinan negara yang lebih realistik adalah penting terutama menjelang Bajet 2020 ini," ujarnya.
Pada Jumaat, PBB mendakwa, situasi kemiskinan di Malaysia jauh lebih buruk daripada apa yang digambarkan oleh kerajaan.
Dalam satu laporan yang didedahkan pada Jumaat, Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak asasi Manusia PBB, Philip Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah.
Sebaliknya, kadar kemiskinan negara didakwa pada kadar 15 peratus sama seperti beberapa negara lain.
Topic Berkaitan
#2016
#bajet
#kerajaan
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#PBB
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan