KUALA LUMPUR: Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan supaya menggerakkan kesemua sumber sektor awam dan swasta untuk mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan seterusnya mencapai keimunan kelompok lebih awal.
Ia menjelaskan lebih banyak sumber perlu disediakan selain melaksanakan penyumberan portfolio vaksin secara lebih giat agar vaksinasi dilakukan secara berkesan dan merealisasikan keimunan kelompok lebih cepat.
"Kami amat bimbang mengenai situasi pandemik yang bertambah buruk, ini bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat malah sumber dan sistem penjagaan kesihatan awam juga lelah," katanya dalam kenyataan semalam.
ACCCIM juga menambah kadar vaksinasi yang perlahan dan jangkitan meluas dalam komuniti selain wujud sebilangan besar pembawa virus tanpa gelaja mengakibatkan ramai rentan kepada virus tersebut.
ACCCIM turut menyarankan kerajaan mempertingkatkan saringan besar-besaran serta pengasingan di samping memperhebat pengesanan kontak.
"Kementerian Kesihatan perlu menggunakan strategi pengesanan yang lebih agresif, dengan bantuan pengamal perubatan am swasta dan pengambilan kakitangan tambahan dengan diselia oleh pegawai kesihatan awam dalam rangkaian pengesanan kontak," jelasnya.
Dewan tersebut juga berpandangan penularan virus boleh dikekang menerusi saringan besar-besaran selain pengesanan dan pengasingan kontak rapat dalam tempoh 48 jam.
Selain itu, ACCCIM juga berharap bantuan bersasar selanjutnya boleh dipertimbangkan untuk menyokong sektor yang memerlukan interaksi bersemuka atau perjalanan yang telah terjejas teruk, termasuk golongan bekerja sendiri, perniagaan mikro, industri perkhidmatan seperti restoran serta peruncit.
Kerajaan boleh mempertimbangkan, antara lain, memperluas beberapa bantuan serta langkah bantuan kewangan seperti Program Subsidi Upah dan pengecualian levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk kumpulan tertentu, pelancongan dan peruncitan, yang akan tamat pada Jun 2021, menurutnya.
ACCCIM berkata begitu juga pengurangan cukai khas bagi memberikan pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus ke atas premis perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan bukan PKS yang akan tamat pada Jun 2021.
Potongan atau rebat bil utiliti juga akan turut membantu, jelasnya.
"Perniagaan mikro, bekerja sendiri dan warga pekerja tidak formal yang dibayar upah harian atau mingguan perlu diberikan lebih banyak bantuan memandangkan langkah mengehadkan pergerakan orang ramai untuk membendung penularan virus akan lebih menjejaskan kumpulan rentan ini," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
ACCCIM menyarankan kerajaan mempertingkatkan saringan besar-besaran serta pengasingan di samping memperhebat pengesanan kontak. - Gambar hiasan
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.
KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.
'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.
Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.