awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa henti projek di zon sensitif alam sekitar Genting Highlands

Nailah Huda
Nailah Huda
17/12/2022
12:04 MYT
Kerajaan digesa henti projek di zon sensitif alam sekitar Genting Highlands
Menurut kumpulan Rimba Disclosure Project, lebih 5,700 hektar kawasan di Genting Highlands dan sekitar Janda Baik dirancang untuk pembangunan serta sudah mula dibangunkan, meskipun sebahagiannya merupakan kawasan sensitif alam sekitar.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya menghentikan semua projek pembangunan yang sudah mula dibangunkan, serta projek yang dirancangkan untuk pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar di Genting Highlands.
Menurut kumpulan Rimba Disclosure Project, lebih 5,700 hektar kawasan di Genting Highlands dan sekitar Janda Baik dirancang untuk pembangunan serta sudah mula dibangunkan, meskipun sebahagiannya merupakan kawasan sensitif alam sekitar.
Pengarahnya Adam Farhan berkata, daripada lebih 5,700 hektar tersebut, 5,000 hektar dirancang untuk pembangunan bawah draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Bentong dan 316 hektar pula bawah draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Genting-Hulu Selangor.
Selain itu, katanya, hampir 400 hektar lagi sudah mula dibangunkan untuk tiga projek perumahan dan komersil yang berbeza.
“RKK Genting-Hulu Selangor yang dibuat oleh Kerajaan Selangor mengancam kawasan Genting Highlands di sebelah Selangor, manakala RTD Bentong pula di sebelah Pahang.
“Kedua-dua rancangan ini secara teknikalnya masih draf. Namun, mengikut data kerajaan, kawasan yang dicadangkan untuk pembangunan ini sudah dipaparkan dalam peta Sistem Maklumat Guna Tanah Perancangan Bersepadu (i-Plan) sebagai kawasan pembangunan,” jelas Adam ketika dihubungi Astro AWANI dalam program Pantau Kerajaan Baharu pada Sabtu.
Sumber: Rimba Disclosure Project
Sumber: Rimba Disclosure Project
Sebahagian daripada kawasan yang dirancang untuk pembangunan dalam draf RKK Genting-Hulu Selangor turut terletak berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali.
Draf RKK Genting juga mencadangkan pembangunan jalan baharu di Gunung Bunga Buah serta pembangunan projek perumahan dari Gohtong Jaya hingga puncak Genting Highlands.
Manakala draf RTD Bentong pula mencadangkan 5,000 hektar kawasan gunung di timur Genting Highlands dizonkan untuk projek perumahan dan komersil, termasuk di kawasan yang dizonkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar Tahap 1 dan 2.
Menurut Jabatan Alam Sekitar, projek pembangunan tidak dibenarkan di kawasan sensitif alam sekitar Tahap 1 dan 2, kecuali pelancongan berimpak rendah dan beberapa projek lestari yang lain.
“Sebagai isu keselamatan awam, kami berharap pihak berkuasa di Selangor, Pahang dan Kerajaan Persekutuan akan menghentikan serta-merta semua kerja pembinaan yang sudah dibangunkan serta membatalkan secara kekal cadangan iaitu RKK Genting-Hulu Selangor dan RTD Bentong,” tegas Adam.
Pantau Kerajaan Baharu | Lindungi alam sekitar, elak tragedi berulang
Topic Berkaitan
#projek pembangunan
#Genting Highlands
#Rancangan Tempatan Daerah Bentong
#Rancangan Kawasan Khas Genting-Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan