awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan digesa libatkan pembangkang dalam pembaharuan dokumen KPP

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
02/12/2020
09:35 MYT
Kerajaan digesa libatkan pembangkang dalam pembaharuan dokumen KPP
Mohamad menjelaskan tiga pelaksanaan yang perlu dirangka dan dibentang merangkumi Pelan Pelaburan Pertahanan Negara, Dasar Industri Pertahanan Negara dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sempena ulang tahun pertama Kertas Putih Pertahanan (KPP), Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyeru agar kerajaan menimbal semula sikap dwipartisan dan melibatkan pihak pembangkang dalam proses pembaharuan dokumen tersebut.
Mohamad yang juga bekas Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan bersama bekas timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong pada Rabu menjelaskan, KPP merupakan sebuah dokumen terbuka yang menyatakan dengan jelas kepentingan Malaysia, serta keupayaan pertahanan yang diperlukan untuk menjamin kepentingan-kepentingan tersebut.
"Hari ini sudah genap setahun sejak Kertas Putih Pertahanan (KPP) dibentangkan dan diluluskan di Parlimen pada 2 Disember 2019.
"Dokumen ini diperlukan untuk memastikan perolehan peralatan ketenteraan dapat menepati keperluan keupayaan tentera dalam mempertahankan kepentingan negara dan aspirasi rakyat.
"Penerbitan KPP merupakan julung kali sesuatu dokumen pertahanan yang terbuka bukan sahaja dibentangkan kepada Parlimen dan orang awam untuk dibahaskan dan dibincangkan, malah ia turut diluluskan secara dwipartisan juga.
"Semua lapisan masyarakat telah dilibatkan bersama dalam proses ini, misalnya ahli-ahli Parlimen melalui Jawatankuasa Pilih Parlimen berkenaan Pertahanan dan Dalam Negeri, pertubuhan masyarakat awam, perwakilan industri pertahanan, anggota veteran, dan pegawai awam daripada kementerian-kementerian lain khususnya yang berkaitan dengan tugasan keselamatan negara," ujarnya.
Sumber Facebook mohdsabu1954
Justeru, Mohamad menjelaskan tiga pelaksanaan yang perlu dirangka dan dibentang merangkumi Pelan Pelaburan Pertahanan Negara, Dasar Industri Pertahanan Negara dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan.
"Pelan-pelan tersebut perlu dibahaskan dan dibincangkan dengan terbuka dan telus untuk memastikan keupayaan pertahanan dan industri yang relevan dapat dibangunkan dalam tempoh masa 10 tahun akan datang.
"Pihak kerajaan sewajarnya memastikan segala tenaga digembleng untuk menyokong usaha ini dengan sepenuhnya agar proses pemodenan ATM dapat dijalankan dengan lancar.
"Kami berharap kerajaan memandang serius kepada komitmen untuk menjayakan KPP. Sekiranya tidak, ATM akan ketinggalan, manakala kepentingan keselamatan rakyat akan terjejas," katanya.
Topic Berkaitan
#Kertas Putih Pertahanan
#KPP
#Presiden Parti Amanah Negara
#Amanah
#Mohamad Sabu
#kerajaan
#pembangkang
#Liew Chin Tong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan