KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk menangguhkan sebarang bentuk kenaikan tarif elektrik sehingga krisis kekurangan bekalan yang menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan pulih kembali bagi melidungi pengguna.
Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 dan RM50 akan gagal membantu rakyat sekiranya kadar inflasi terus meningkat akibat kenaikan tarif elektrik.
"Tarif elektrik dijangkakan akan naik mulai 1 Julai. Tenaga Nasional Berhad (TNB), sepertimana syarikat tenaga yang lain di seluruh dunia sedang dihimpit oleh kenaikan kos pengeluaran akibat lonjakan harga arang batu melebihi 117 peratus sejak hujung tahun lalu.
"Namun, kenaikan tarif elektrik disaat pengguna sudah teruk diasak kenaikan harga barang keperluan lain pastinya sangat tidak wajar.
Malah, sebarang peningkatan dalam kos tenaga elektrik pasti akan menyumbang kepada kenaikan kos operasi dan pengeluaran yang akhirnya akan turut ditanggung pengguna," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pulai itu berkata, TNB sebagai sebuah GLC gergasi dengan keuntungan terkumpul lebih RM52 billion pastinya mampu untuk menyerap impak kenaikan kos bahanapi dan kos operasi.
"Buktinya, walaupun kos bahanapi meningkat sebanyak 26 peratus sepanjang tahun 2021, keuntungan operasi TNB telah meningkat sebanyak 10 peratus (RM742 juta) untuk tahun tersebut," ujarnya.
Afiezy Azaman
Thu Jun 23 2022

Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 dan RM50 akan gagal membantu rakyat sekiranya kadar inflasi terus meningkat akibat kenaikan tarif elektrik. - Foto fail

Jenayah Global | Seorang wartawan ditembak mati di Mexico
Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian seorang wartawan berusia 47 tahun yang ditembak mati di timur laut negara itu.

Tangani Inflasi | Mekanisme tangani kenaikan harga, gagal?
Kerajaan baru baru ini telah menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup. Pasukan khas itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan. Untuk perinciannya kita bersama Pakar Ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai.

Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Beliau menggantikan Duterte yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu.

Salah guna kuasa: YDP badan kebajikan direman
Seorang Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa.

Rogol kanak-kanak tujuh tahun, lelaki dipenjara 28 tahun 22 sebatan
Angkara merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, seorang lelaki dijatuhi hukuman 28 tahun penjara dan 22 sebatan.

PNM, PBOBM boleh guna karya hak cipta tanpa perlu dapat kebenaran pemunya - MyIPO
Kebenaran yang berkuat kuasa hari ini itu bagi keperluan orang ketidakupayaan cetakan dan bukan berlandaskan keuntungan.

Harga siling baharu ayam, telur bantu kekang kenaikan ketara inflasi makanan - MIDF Research
Inflasi makanan tersebut telah mencecah paras tinggi untuk beberapa tahun berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mei 2022.

Moody's: Prospek persekitaran kredit global diunjur lebih negatif tahun ini
Lonjakan kos tenaga dan makanan yang didorong oleh pencerobohan Ukraine melemahkan kuasa beli isi rumah.

Kanada lanjutkan langkah pencegahan COVID-19 di sempadannya
Kawalan pencegahan untuk pelancong yang tiba di Kanada dijangka berkuat kuasa hingga 30 September 2022.

F1 perkenal peraturan baru dengan serta-merta
Musim 2022 menyaksikan beberapa pasukan berdepan kegagalan kebolehpercayaan, lantas tindakan serta-merta diambil.

Salahuddin lebih disenangi di Pulai berbanding Nur Jazlan - Nazri
Mohamed Nazri berkata, kemenangan Salahuddin di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini adalah bukti rakyat lebih meyakininya.

Kerajaan digesa tangguh kenaikan tarif elektrik - Salahuddin Ayub
Bantuan Keluarga Malaysia RM100 dan RM50 akan gagal membantu rakyat sekiranya kadar inflasi terus meningkat akibat kenaikan tarif elektrik.

Krisis bekalan makanan: Segerakan penggunaan teknologi pertanian - Salahuddin
Inisiatif berkenaan perlu melibatkan golongan pemegang taruh agar penghasilan sayuran tidak terjejas.

PRU15: Kerjasama Pakatan Harapan dengan parti dalam kerajaan belum dimuktamadkan - Salahuddin
Salahuddin menjelaskan sebarang perbincangan dengan mana-mana parti termasuk Bersatu sedang diteliti oleh pucuk pimpinan Pakatan Harapan.

MoU Kerajaan-PH banyak kebaikan, wajar diteruskan - Salahuddin
MoU itu banyak memberi manfaat kepada kestabilan negara, politik dan kesihatan rakyat.

Perlu pinda Perkara 48(6) untuk RUU Akta Antilompat parti digubal - Salahuddin Ayub
Apabila Perlembagaan itu dipinda, membolehkan satu akta diwujudkan yang boleh menghalang mana-mana ahli politik menjual kerusi mereka ataupun dia melompat ke mana-mana parti.

Salahuddin gesa Azam Baki dihadap ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Salahuddin menjelaskan ia bertujuan untuk Azam disoal siasat berkaitan isu pemilikan saham dalam jumlah yang mencurigakan.

Gagal urus krisis ekonomi punca tabung persaraan rakyat terjejas - Salahuddin
Kegagalan kerajaan untuk meguruskan krisis ekonomi mengakibatkan rakyat berdepan dengan tekanan hidup apabila terpaksa menggadaikan tabung persaraan untuk menjalani kehidupan seharian.
![[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram [RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/81449393947_SalahudinAyub.jpg)
[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram
Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

PRN Johor: PH belum putuskan calon MB - Salahuddin
Perbincangan berhubung perkara itu juga belum dilaksanakan dan hanya akan diadakan dalam masa terdekat.