SUBANG JAYA: Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin menyifatkan penetapan harga siling dan pemberian subsidi akan menyebabkan ekonomi terbantut.
Beliau berpandangan, kerajaan telah mengawal harga dan memberi subsidi dalam tempoh yang lama kepada beberapa produk seperti minyak masak dan ayam.
"Kalau kita pegang (kawal) harga lama sangat, pengeluaran tidak akan cukup dan kerajaan akan terus memberi subsidi.
"Masalahnya, kerajaan kita pegang (kawal harga) lama sangat, kenapa perlu sampai Ogos? Kita tengoklah satu bulan dulu, mana tahu kalau ekonomi negara telah bertukar, kita boleh naikkan sikit demi sedikit.
"Kita tahu kerajaan prihatin dan nak tolong rakyat. Jadi bantuan kepada rakyat itu kena dinaikkan.
"Bantuan rakyat kita naikkan, kurangkan subsidi. Salurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika di temu bual dalam program Niaga AWANI di Pasaraya Besar Mydin, di sini, hari ini.
Ameer yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad berkata, penarikan subsidi secara berperingkat wajar dilakukan dan wang tersebut, sebaliknya, boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan M40 yang kini turut terbeban akibat kenaikan kos sara hidup.
"Kalau boleh, kita keluarkan semua subsidi tetapi bantuan kita kena naikkan. RM100 untuk tiga bulan tidak mencukupi dan sekarang ini kita bagi bantuan ini kepada B40 sahaja.
"Sekarang ini, M40 juga sudah ramai jadi B40, jadi data kerajaan mungkin perlu dinilai semula.
"Pendapatan isi rumah ditetapkan RM4,000, mungkin boleh dinaikkan kepada RM6,000. Barulah cukup.
"Katalah suami isteri, sorang bergaji RM2,000, sorang lagi bergaji RM2,500, dah jadi RM4,500 dengan anak-anak ada 4 atau 5 orang.
"Mana nak tahan, dapat RM100 lebih? Tak mencukupi," tegasnya.
Justeru beliau berpandangan subsidi minyak paket dengan jumlah keseluruhan hampir RM1.8 bilion itu distrukturkan semula, salurkannya kepada golongan yang memerlukan.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Jul 01 2022
Kerajaan telah mengawal harga dan memberi subsidi dalam tempoh yang lama kepada beberapa produk seperti minyak masak dan ayam. - Gambar hiasan Astro AWANI
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.
Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 11 hingga 17 April
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 April ini.
BERNAS perlu umum harga siling beras putih import - Syed Abu Hussin
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) digesa mengumumkan harga siling bagi beras putih import (BPI) untuk disebarkan kepada umum.
NACCOL gesa kawal selia padi dan beras segera edar beras putih tempatan
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.
KPDN tidak bercadang kenakan harga siling terhadap sayur - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup tidak bercadang mengenakan sekatan atau harga siling bagi penjualan sayur-sayuran susulan jangkaan kenaikan harganya di pasaran.
Harga maksimum penerbangan kelas ekonomi Aidilfitri RM599
Kerajaan menetapkan harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi sebanyak RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri ini.
Beras Putih Malaysia MADANI: Kerajaan belum buat ketetapan cadangan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan belum ada ketetapan dibuat ke atas cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia MADANI.
Tiga bulan beras tempatan tiada di pasaran
Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya kategori import mudah didapati dan dijual dengan harga sekitar RM20 bagi 5kg serta RM71 untuk 10kg.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal sehingga 17 Januari
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 Jan hingga 17 Jan 2024.