awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan diminta haramkan jualan arak di premis 24 jam selepas 10 malam

Bernama
Bernama
07/01/2023
10:48 MYT
Kerajaan diminta haramkan jualan arak di premis 24 jam selepas 10 malam
Kerajaan diminta agar mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam, kata Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu.
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta agar mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam, kata Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu.
Beliau berkata, pengambilan arak selepas waktu larut malam biasanya akan berlebihan sekali gus menyebabkan risiko berlakunya kejadian seperti kemalangan jalan raya, pergaduhan dan jenayah.
"Selain itu, pengharaman itu bagi memelihara generasi muda daripada terjebak melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan sia-sia serta boleh membahayakan diri sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin itu menyifatkan langkah pengharaman penjualan arak pasti akan memberi kesan jangka panjang lebih baik kepada masyarakat dan keluarga kerana setiap individu akan terpelihara daripada bahaya pengaruh alkohol yang amat membimbangkan.
Menurutnya, kerajaan tempatan boleh mengenakan larangan berkenaan kepada premis jualan runcit yang beroperasi selama 24 jam dalam kawasan seliaannya sebagai permulaan kepada langkah berkenaan.
Ramesh Rao berharap usaha itu akan dapat meningkatkan lagi kualiti kehidupan sosial dalam komuniti semua rakyat daripada semua lapisan masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan harmoni. - BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#jualan arak
#premis 24 jam
#haram jual arak
#Ramesh Rao
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan