KUALA LUMPUR:Meskipun pengumuman perjanjian pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan Malaysia semalam adalah satu perkembangan yang mendapat pujian pelbagai pihak, sebuah badan pemikir percaya Belanjawan 2021 untuk Kementerian Kesihatan (KKM) harus dikaji semula terutama yang berkaitan dengan keperluan logistik dan penyimpanan vaksin itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata vaksin COVID-19 memerlukan suhu penyimpanan ultra sejuk negatif 70 darjah Celsius, yang kapasitinya melebihi kebanyakan kemudahan penjagaan kesihatan utama sedia ada di dalam negara.
Justeru itu, beliau berkata ia bergantung kepada ketersediaan unit penyimpanan di peringkat negeri bagi memastikan rantaian suhu sejuk yang diperlukan vaksin adalah tidak terjejas.
"Kita perlu memastikan bahawa KKM mendapat dana dan tenaga kerja yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan apabila vaksin itu boleh didapati pada 2021, terutama apabila vaksin ini mempunyai keperluan logistik dan penyimpanan khusus yang memerlukan pelaburan dari segi infrastruktur serta latihan.
"Adakah kita akan membeli kotak ais khas Pfizer? Sudahkah kita memperuntukkan dana bagi sistem penyimpanan rekod yang akan diperlukan?
"Kami tidak yakin peruntukan sedia ada mencukupi bagi tujuan ini," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Pada 24 Nov lepas, kerajaan Malaysia, melalui KKM, telah memeterai satu perjanjian awal pembelian dengan syarikat farmaseutikal Pfizer untuk mendapatkan sejumlah 12.8 juta dos vaksin COVID-19 bagi memenuhi keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata melalui perjanjian itu, Pfizer telah berjanji untuk memberikan sebanyak sejuta dos, 1.7 juta dos, 5.8 juta dos dan 4.3 juta dos vaksin COVID-19 masing-masing dalam suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat 2021.
Selain itu, Azrul menjangkakan cabaran dalam proses penghantaran vaksin COVID-19 ke kawasan luar bandar susulan kebimbangan dari segi keterbatasan dan pragmatik.
Beliau berkata pengagihan vaksin dalam poten yang dinyatakan pengilang ke lokasi sebenar pemvaksinan dalam masyarakat boleh menjadi amat mencabar terutama apabila ia membabitkan vaksin jenis mRNA).
Beliau turut menggesa kerajaan untuk melabur dalam komunikasi vaksin bagi menangani dan mengatasi penyebaran maklumat salah yang berleluasa ketika ini berkaitan COVID-19 dan vaksin secara umum.
"Dekad terakhir ini telah menyaksikan peningkatan ketara dalam keraguan terhadap vaksin. Ia (komunikasi vaksin) tidak boleh bergantung kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat daripada sektor swasta semata-mata bagi tujuan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 28 2020
Azrul menggesa kerajaan untuk melabur dalam komunikasi vaksin bagi menangani dan mengatasi penyebaran maklumat salah yang berleluasa ketika ini berkaitan COVID-19 dan vaksin secara umum. -Bernama
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.