Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan pekerja berikutan peningkatan kos sara hidup kini, kata Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.
Beliau berkata peningkatan caruman itu bagi memastikan pekerja yang akan bersara mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menyara kehidupan berikutan peningkatan kos sara hidup.
"Kalau kita lihat, jumlah caruman (terkumpul) bagi yang berpendapatan rendah pada umur 55 tahun tidak sampai RM50,000. Kalau hendak hidup 10 tahun lagi, cukupkah RM50,000 ini?
"Kerajaan harus mempertimbangkan supaya kadar caruman majikan dinaikkan daripada 13 peratus kepada sekurang-kurangnya 15 peratus dan bagi pekerja pula harus dinaikkan daripada 11 peratus kepada 12 atau 13 peratus," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat akhir mengenai 'Konvensyen Perpaduan Nasional' di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan sedang mengkaji mekanisme bagi memastikan pencarum KWSP mempunyai simpanan mencukupi untuk menyara hidup mereka selepas bersara.
Pada masa yang sama, Azih juga menegaskan bahawa Cuepacs tidak bersetuju dengan cadangan KWSP untuk melanjutkan umur bagi pengeluaran keseluruhan simpanan persaraan kepada 60 tahun.
"Beri opsyen kepada pencarum untuk menentukan bila dia nak keluar (simpanan KWSP)... Jangan esok kalau dia mati, langsung tak dapat," katanya.
Sementara itu, Azih yang juga Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen Perpaduan Nasional berkata sebanyak 320 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengesahkan kehadiran untuk konvensyen itu pada Ahad di Pusat Islam di sini.
"Konvensyen ini akan mengupas semua perkara daripada perlembagaan sampai kepada kontrak sosial yang merangkumi soal ekonomi, politik dan pendidikan yang menjurus kepada kepentingan perpaduan di negara kita," katanya.
Beliau berkata sebanyak 25 peserta telah menawarkan diri untuk membahaskan penyediaan memorandum perpaduan yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan agung Umno minggu depan.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan merasmikan konvensyen itu.
Bernama
Fri Nov 21 2014
CUEPACS: Kerajaan wajar mempertimbang untuk meningkatkan kadar caruman KWSP bagi golongan pekerja berikutan peningkatan kos sara hidup kini. -Gambar fail
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
[TERKINI] Polis tahan seorang suspek berkaitan serangan asid ke atas Faisal Halim - Laporan
Susulan insiden serangan asid ke atas pemain bola sepak Selangor, Faisal Halim, seorang lelaki lingkungan usia 20an telah ditahan polis.
Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memperoleh perintah reman terhadap saspek hari ini.
Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memperoleh perintah reman terhadap saspek hari ini.
X perkenal 'Stories' - ciri rumusan berita oleh AI untuk pelanggan berbayar
Ia boleh diakses pada tab -Explore-, yang sedia menyenaraikan sejumlah berita yang hangat dibincangkan pada platform tersebut.
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.
KPM perlu beri keutamaan tiga aspek ambil guru baharu - Cuepacs
Tiga elemen itu perlu diberi penekanan kerana cabaran yang dihadapi dalam dunia perguruan ketika ini amat besar.