Kerajaan diminta menangguhkan sementara kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya serta mengkaji semula kewajaran langkah itu memandangkan situasi ekonomi semasa yang mencabar bagi pengguna.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata kenaikan kadar tol itu perlu ditangguhkan kerana keadaan sekarang, sangat tidak sesuai berikutan pengguna baru berdepan kenaikan harga petrol.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, menurutnya walau sekecil manapun kenaikan, memberi kesan psikologi cukup besar kepada pengguna selain tidak menolak kemungkinan ia boleh menyebabkan berlaku kenaikan harga barang keperluan.
"Sudah semestinya berita itu tidak menggembirakan terutamanya kepada mereka yang terpaksa menggunakan laluan tol untuk ke tempat kerja kerana tiada pilihan lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N.Marimuthu berkata kerajaan perlu mengkaji justifikasi kenaikan itu kerana ia tidak menjamin lebuh raya diselenggara dengan baik dan tidak berlaku kesesakan.
"Kita harap ia dapat ditangguhkan kerana kenaikan harga petrol serta kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini, sudah cukup memberi cabaran kepada pengguna bukan sahaja yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan," katanya.
Setakat 7 malam, sembilan syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM3 berkuat kuasa Khamis ini.
Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).
Selain itu, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), manakala kadar tol di semua lapan lebuh raya kendalian PLUS kekal.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) Tajudin Mohamad Yunus berkata pihaknya kesal dengan kenaikan kadar tol itu memandangkan lebih banyak kos bakal ditanggung pengusaha bas.
"Saya kecewa kerana kenaikan itu makin menyusahkan pengusaha bas dan seolah-olah tidak mahu membantu kami meningkatkan pendapatan pengusaha bas Bumiputera," katanya.
Tajudin turut kesal kerana sebelum ini, pihaknya pernah memohon menaikkan tambang bas namun tiada perubahan harga tambang dilakukan.
"Bagaimana nak bantu pengusaha bas kalau semua kos naik? Kami harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin apatah lagi, kini bilangan pengusaha bas Bumiputera kian berkurangan," katanya.
Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) Datuk Aslah Abdullah berkata pengusaha teksi dilihat tidak terjejas dengan kenaikan itu, sebaliknya akan membebankan penumpang kerana tol dibayar oleh mereka.
Beliau berkata situasi itu tidak mengurangkan bilangan penumpang teksi kerana kenaikan kadar tol untuk teksi tidak terlalu tinggi.
Kenaikan kadar tol untuk teksi adalah antara 20 dan 50 sen.
Bernama
Mon Oct 12 2015
DR MAAMOR: Kenaikan kadar tol itu perlu ditangguhkan kerana keadaan sekarang sangat tidak sesuai berikutan pengguna baru berdepan kenaikan harga petrol. -Foto Facebook
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Tak lepas tol kerana baki kad TnG tak cukup punca jurutol dimarah
Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dipandu suspek mahu melepasi Plaza Tol Segambut di DUKE pada 11.15 malam Ahad lepas.
Lebuhraya DUKE bakal laksana sistem pembayaran tol terbuka
Lebuhraya DUKE juga telah dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF).
Sebahagian laluan DUKE tutup sementara bermula 11 malam esok
Sebahagian laluan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akan ditutup bermula 11 malam esok (12 Nov) berikutan penganjuran acara larian 'Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2022'.
Kenaikan kadar tol di 3 lagi lebuh raya ditangguhkan tahun ini - Fadillah
Penangguhan itu melibatkan tiga lebuh raya iaitu Lebuh raya Shah Alam (KESAS), Lebuh raya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).
Mekanik maut motosikal ditunggang langgar jengkaut
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jurutol plaza tol Ayer Panas positif COVID-19 - DUKE
Lorong pelbagai kelas di Plaza Tol Ayer Panas ditutup secara berperingkat susulan seorang jurutol telah disahkan positif jangkitan COVID-19.
Banjir kilat di sekitar pusat bandar KL
Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira jam 5 petang Khamis.
Keadaan Ustaz Kazim Elias makin baik, sudah dibenar pulang ke rumah
Pembantu Peribadinya berkata, Ustaz Kazim dibawa ke HRPB pada petang Ahad dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Berita tular Ustaz Kazim ditahan di hospital adalah palsu
Pihak pengurusan DUKE memaklumkan ia merupakan sebuah hantaran lama yang pernah disiarkan sekitar tahun 2016.
Penunggang motosikal maut diseret dalam nahas di lebuh raya
Mohammad Khairul Anuar Ismail yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di lokasi kejadian selepas parah pada anggota badan.