KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi tumpuan kepada pembangunan di Sabah yang masih dibelenggu tiga masalah asas utama meliputi akses jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik.
Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata masih terdapat kawasan di Sabah yang jalannya masih tidak berturap selain banyak kampung-kampung yang masih tiada bekalan elektrik dan air bersih.
"Sebab itu saya meminta Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri fokus untuk membangunkan negeri Sabah. Sabah memerlukan pembangunan yang fokus.
Ada (kampung) yang ada paip besar bertahun-tahun, tapi airnya tidak keluar. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah perlu memandang hal ini secara serius," katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Di dalam perbahasannya itu Bung Moktar turut mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelonggaran kepada syarikat swasta yang berminat untuk menyiapkan fasa kedua dan ketiga Lebuhraya Pan Borneo sekiranya menghadapi kesukaran kewangan.
"Ini penting sebab Sabah adalah negeri yang berkemampuan untuk dimajukan," katanya.
Selain itu, Chiew Choon Man (PH-Miri) dalam perbahasannya mahu kerajaan segera menaik taraf Lapangan Terbang Miri yang kini sesak dan terpaksa beroperasi melebihi kapasiti asalnya sehingga menyukarkan ketersambungan pengangkutan bagi penduduk di kawasan pedalaman utara Sarawak.
"Lapangan Terbang Miri merupakan lapangan terbang keenam paling sibuk di Malaysia dan bangunan terminal yang hanya mampu menampung dua juta orang setiap tahun kini beroperasi melebihi kapasiti asalnya.
Saya mohon projek naik taraf ini disegerakan kerana lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama yang akan menyambungkan penduduk pedalaman utara Sarawak dengan kawasan lain di negara ini," katanya.
Sementara itu, Dr Richard Rapu (GPS-Betong) dalam perbahasannya pula mahu kerajaan memperluaskan model penanaman padi ke Sarawak, serta menyediakan dana bagi pembangunan infrastruktur dan sistem pengairan yang efektif.
Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya projek pertanian berskala besar melibatkan kerjasama komuniti, sektor awam dan swasta dapat dilaksanakan, dengan pihak swasta bertindak sebagai pendorong untuk membantu pihak awam dan komuniti merentasi seluruh rantaian bekalan.
"Insentif boleh disediakan berasaskan pengeluaran hasil dan memberikan ganjaran kepada petani yang berdaya maju. Selain itu kolaborasi dengan swasta dapat menentukan penggunaan sumber yang optimum," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin bercakap pada perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) pada Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian
Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.

Kerajaan diminta tumpukan pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak
Bung Moktar berkata masih terdapat kawasan di Sabah yang jalannya masih tidak berturap selain banyak kampung-kampung yang masih tiada bekalan elektrik dan air bersih.

Afrika Selatan terima lebih AS$5 bilion daripada BRICS
Afrika Selatan menerima AS$5.27 bilion daripada Bank Pembangunan Baharu yang ditubuhkan oleh negara-negara BRICS untuk projek infrastruktur.

Filipina lancar dana kekayaan berdaulat yang pertama
Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos pada Selasa menandatangani undang-undang Akta Dana Pelaburan Maharlika (MIF), sekali gus menubuhkan dana kekayaan berdaulat yang pertama di negara itu.

Malaysia, Thailand komited pergiat pembangunan infrastruktur di sempadan
Malaysia dan Thailand komitted dalam mempergiatkan pembangunan infrastruktur di sempadan.

Sabah akan buat rayuan jika projek pembangunan ditangguh, tidak diteruskan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan membuat rayuan sekiranya Kerajaan Persekutuan menangguh atau tidak meneruskan mana-mana projek belum bermula terutama melibatkan projek pembangunan.

PRN Sarawak: Ini lima perkara penduduk rumah panjang di Bukit Goram mahukan
Penduduk mengharapkan agar pembangunan infrastruktur di kawasan itu dapat dipertingkatkan seiring dengan kawasan-kawasan lain.

PRN Sarawak: Pembangunan infrastruktur asas Belaga perlu dipertingkat - Penduduk
Pembangunan infrastruktur di Belaga perlu dipertingkatkan bagi memastikan masyarakat di sini merasai nikmat pembangunan sama seperti di kawasan-kawasan lain.

Bajet 2022 beri limpahan manfaat kepada Kelantan - Menteri Besar
Beliau menyifatkan Bajet 2022 memberi fokus yang inklusif dan menyeluruh melibatkan setiap segmen rakyat.

Beberapa projek infrastruktur P. Pinang akan dijalankan tahun ini
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata antara projek yang akan bermula tahun ini adalah projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Perkongsian awam-swasta penting bagi pembangunan SJKT - Kamalanathan
Perkongsian antara sektor awam dan swasta adalah penting untuk memenuhi pembangunan infrastruktur sekolah jenis kebangsaan Tamil di negara ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.