awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan disaran kaji semula struktur, fungsi MyCC - Ahli Parlimen Jelebu

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2025
09:00 MYT
Kerajaan disaran kaji semula struktur, fungsi MyCC - Ahli Parlimen Jelebu
Jalaluddin mencadangkan agar MyCC melantik badan penasihat, sebagaimana yang dilaksanakan oleh SPRM, bagi memperkukuh kecekapan dan keberkesanan fungsi suruhanjaya.
KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan mengkaji semula struktur dan fungsi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang dilihat tidak menepati daripada objektif asal penubuhannya, iaitu melindungi kepentingan pengguna dan memastikan pasaran yang adil serta kompetitif.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula struktur dan fungsi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang didakwa gagal menepati objektif asal penubuhannya untuk melindungi pengguna dan memastikan pasaran yang adil serta kompetitif.
  • Beliau mendakwa MyCC lebih menumpukan kepada isu teknikal dan kes berprofil tinggi yang tidak memberi impak langsung kepada rakyat, serta gagal menangani isu kartel makanan yang memberi kesan kepada harga barang dan kos sara hidup.
  • Jalaluddin mencadangkan agar MyCC menubuhkan badan penasihat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkukuh kecekapan dan keberkesanan fungsi penguatkuasaan suruhanjaya tersebut.

Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berkata, MyCC kini dilihat lebih memberi tumpuan kepada isu teknikal dalam sektor yang kurang kritikal, selain mengejar kes berprofil tinggi yang tidak memberi impak langsung kepada rakyat.
Menurutnya, kegagalan MyCC mengutamakan kepentingan rakyat merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromi.
"Justeru, wajar sekali satu kajian semula terhadap bidang kuasa dan keutamaan penguatkuasaan MyCC dilakukan segera supaya tidak dilihat syok sendiri.
"Kegagalan mengutamakan kepentingan rakyat adalah kegagalan yang tidak boleh dikompromi. Sudah terbukti isu kos sara hidup di beberapa negara membawa kepada rusuhan rakyat yang terkesan dan akhirnya menggugat kestabilan dan ekonomi negara," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan kegiatan kartel dalam sektor makanan bukan sahaja menjejaskan struktur persaingan pasaran, tetapi turut memberi kesan langsung kepada harga barang yang ditanggung pengguna.
Jalaluddin turut mengambil contoh pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes kartel susu tepung bernilai RM120 juta yang membabitkan bekalan kepada sebuah jabatan kerajaan, dan tidak mematuhi piawaian SIRIM.
Dakwanya, situasi itu memperlihatkan kegagalan MyCC dalam melaksanakan bidang kuasa dan memberi tumpuan kepada isu sebenar.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar MyCC melantik badan penasihat, sebagaimana yang dilaksanakan oleh SPRM, bagi memperkukuh kecekapan dan keberkesanan fungsi suruhanjaya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Peranan MyCC
#kos sara hidup
#Kegiatan kartel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan