MALAYSIA
Kerajaan fokus pertingkat ruang fiskal, teruskan subsidi bersasar - Amir Hamzah
Menurut Amir Hamzah, pada masa ini, tumpuan kerajaan adalah berganjak daripada sistem subsidi pukal kepada sistem subsidi bersasar. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus fokus dalam usaha meningkatkan ruang fiskal negara agar dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur-infrastruktur asas kepada rakyat, termasuk sekolah, klinik dan sebagainya, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Tumpuan lain pada masa ini, katanya, adalah berganjak daripada sistem subsidi pukal kepada sistem subsidi bersasar.
Beliau berkata, sebagai contoh subsidi tarif elektrik yang diperkenalkan pada Julai 2025 yang telah memberi manfaat kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dengan penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus.
"Sebanyak 85 peratus daripada rakyat Malaysia tidak terkesan (dengan penyasaran subsidi elektrik).
"Jadi dengan menukar cara kita mengadakan penyasaran subsidi, kita dapat mengurangkan beban fiskal (negara)," katanya pada sidang Dewan Negara, di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Prof Emeritus Dr Mohammad Redzuan Othman mengenai langkah kerajaan dalam menyantuni golongan M40 berikutan peningkatan kos hidup.
Selain itu, mengulas pertanyaan penilaian semula jumlah isi rumah mengikut kategori seperti tempat tinggal, jumlah tanggungan dan perbelanjaan tetap bulanan dalam penyasaran subsidi, Amir Hamzah berkata, walaupun lebih terperinci, Kementerian Kewangan mengakui kerumitan kaedah berkenaan dalam menentukan setiap isi rumah.
"Berikutan itu, kementerian belum sedia untuk melaksanakannya untuk masa sekarang.
"Kerajaan akan teruskan dengan penyasaran subsidi cara lain dan bantuan-bantuan lebih bersasar sebagai intervensi pada masa sekarang," katanya.
-- BERNAMA