awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
Pendidikan awal: KPM jamin tiada penolakan pendaftaran murid, tumpu persiapan maksimum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan 'gagal' dari sudut mana? - Annuar Musa

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
13/06/2021
23:00 MYT
Kerajaan 'gagal' dari sudut mana? - Annuar Musa
Annuar berkata istilah gagal sangat subjektif untuk dijawab apatah lagi jika melihat pada perkembangan negara-negara lain dalam melawan pandemik COVID-19. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kenyataan dan tanda pagar "kerajaan gagal" yang sering digunakan kini sebenarnya mencetuskan satu pertanyaan lain yang perlu terlebih dahulu dijawab oleh mereka yang mengutarakan kenyataan tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata istilah "gagal" sangat subjektif untuk dijawab apatah lagi jika melihat pada perkembangan negara-negara lain dalam melawan pandemik COVID-19.
"Kita tidak berada dalam posisi terbaik, angkat sumpah sahaja terus kena berhadapan dan uruskan ketidakstabilan negara.
"Ini satu igauan untuk kerajaan kerana terpaksa jalankan tugas untuk stabilkan politik.
"Realitinya ya, memang politik tidak stabil, begitu juga ekonomi dan situasi COVID-19 sekarang.
"Harus diakui kerajaan dalam keadaan lemah tetapi bukan lemah mutlak, sebaliknya lemah dalam erti kata terpaksa bekerja dengan sumber terbatas dan perlu uruskan spektrum masalah yang besar.
"Ini cabaran untuk kerajaan tetapi di saat seperti inilah ramai yang nak serang, maka keluarlah hashtag kerajaan gagal.
"Beritahu saya negara mana yang sudah berjaya atasi COVID-19?
"Di United Kingdom menunjukkan kes positif secara purata minggu ini kira-kira 6,000 kes sehari.
"Ini membuktikan apabila orang kata kerajaan kita gagal, mereka bukan ambil data tetapi bercakap mengikut sentimen.
"England 'gagah' 200 tahun daripada kita, mereka juga negara pengeluar vaksin tetapi setakat ini belum pun capai 50 peratus vaksinasi," kata beliau.
Jelas Annuar, tidak ada negara yang boleh mengatakan mereka berjaya menangani COVID-19, selagi program vaksinasinya belum mencapai 80 peratus.
Beliau berkata demikian dalam satu sesi Facebook Live bersama Garasi TV, pada Ahad.
Tegas Annuar, biarpun berdepan dengan pelbagai krisis kesihatan, ekonomi dan politik, namun kerajaan hari ini adalah kerajaan yang berfungsi dan tidak mempunyai masalah.
"Apa yang jadi hari ini (situasi politik) bukan perkara luar biasa, saya sudah melihat perjalanan Kabinet dari dahulu hingga sekarang.
"Kabinet hari ini yang paling tenang, saya tak dapat ingat satu pun peristiwa di mana timbulnya pertengkaran.
"Sudahlah terpaksa berfungsi dalam keadaan yang tidak ideal, anggotanya pula 'rojak'.
"Tetapi terus terang saya katakan, seingat saya tidak ada satu pun peristiwa tegang, apa lagi yang boleh membawa kepada perpecahan," ujarnya.
Dalam pada itu, Annuar melihat proklamasi darurat yang berjalan ketika ini bukan sahaja tidak difahami rakyat tetapi juga ahli parlimen apabila ada antara mereka menggunakan ayat seperti meminta agar darurat ditamatkan atau tidak disambung.
"Darurat kali ini tidak boleh disambung kerana ia sudah declare dengan tarikh tutup yang jelas, iaitu pada 1 Ogos.
"Maka tidak timbul isu ia akan disambung secara automatik, melainkan kalau nak juga, kena buat proklamasi baharu.
"Kalau nak Parlimen bersidang, boleh. Proklamasi yang baharu itu nanti, jangan gantung Perkara 55, hanya beri kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Parlimen boleh bersidang tetapi bukanlah serentak.
"Apapun, kita ada pilihan. Jadi buatlah pilihan terbaik bagi membolehkan urusan menangani COVID-19 diselesaikan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#perkara 55
#Proklamasi Darurat
#Kerajaan Gagal
#vaksin
#vaksinasi
#COVID-19
#pandemik
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan