awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan guna pendekatan holistik tangani miskin tegar - Mustapa

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/05/2022
07:12 MYT
Kerajaan guna pendekatan holistik tangani miskin tegar - Mustapa
Kerajaan mempunyai pendekatan holistik dalam usaha membawa keluar tahap kemiskinan tegar yang dihadapi oleh golongan berkenaan, kata Mustapa Mohamed. - Gambar fail
PASIR MAS: Kerajaan mempunyai pendekatan holistik dalam usaha membawa keluar tahap kemiskinan tegar yang dihadapi oleh golongan berkenaan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara pendekatan strategik yang bakal dilaksanakan kerajaan ialah penyelarasan antara agensi dan latihan untuk pemutihan miskin tegar.
Pendekatan holisitik yang dimaksudkan beliau juga merangkumi aspek kesihatan dan pendidikan yang perlu ditekankan kepada golongan itu.
“Pendidikan penting, kalau anak-anak mereka ke sekolah (timba ilmu) peluang dapat kerja (cerah) dan boleh bantu keluarga… bantuan kita bagi sekali dan kita mahu mereka berdikari.
“Masalah yang dihadapi dulu ialah mereka harapkan bantuan sepanjang masa… sebab itu tidak berjaya nak hapuskan miskin tegar,” kata Mustapa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui golongan miskin tegar di Kampung Jejawi di sini, malam tadi.
Sehingga 15 April lalu, Malaysia merekodkan hampir 200,000 miskin tegar seluruh negara dengan Sarawak merekodkan negeri tertinggi dengan 58,000 orang diikuti Sabah (lebih 31,000) manakala kelantan di tempat ketiga dengan lebih 28,000 orang.
Menurut Mustapa, kaedah pemberian bantuan tanpa strategik, bimbingan dan sebagainya tidak membantu keluarga miskin tegar itu, sebaliknya, pendekatan yang diguna pakai kali ini lebih terancang.
Kata beliau, kerajaan meletakkan sasaran negara bebas miskin tegar pada 2025 menerusi program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) dengan 80 lokalti yang dipilih sebagai permulaan.
Topic Berkaitan
#miskin tegar
#pendekatan holistik
#kerajaan
#Mustapa Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan