MALAYSIA
Kerajaan guna saluran diplomatik, gesa bebaskan rakyat Malaysia dipintas tentera Israel - Fahmi
Fahmi hadir pada Majlis Perasmian Seminar Pembangunan Modul Latihan untuk Memerangi Berita Palsu di ASEAN, di Kuala Lumpur, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk membebaskan warganya yang dipintas oleh tentera Israel semasa misi Global Sumud Flotila (GSF) semasa menuju ke Gaza.
Ringkasan AI
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan juga menggesa agar kesemua peserta GSF dalam kalangan sukarelawan misi kemanusiaan dibebaskan dan dapat pulang ke tanah air dengan segera.
“Kami akan menggunakan saluran diplomatik untuk menyelesaikan perkara ini serta memastikan pembebasan rakyat Malaysia yang telah dipintas. Kami gesa pembebasan segera agar mereka dapat pulang ke tanah air,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucap tama di Majlis Perasmian Seminar Pembangunan Modul Latihan untuk Memerangi Berita Palsu di ASEAN, di sini, hari ini.
Menurut Pusat Sumud Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) setakat jam 7.50 waktu Malaysia, 17 sukarelawan negara tidak dapat dihubungi selepas kapal mereka dipintas.
Antaranya ialah penyanyi Heliza Helmi dan kakaknya Nur Hazwani Afiqah yang berada di atas kapal Hio, serta Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad yang berada di Grande Blu.
Tambah beliau, selain kenyataan tegas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi tadi, Wisma Putra juga sedang melakukan koordinasi bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Tindakan yang sekali lagi mencabar undang-undang antarabangsa ini sama sekali tidak boleh diterima. Kerajaan akan menyatakan bantahan segera sebaik sahaja perbincangan antara kementerian dan jabatan berkaitan dimuktamadkan,” katanya lagi.
Perdana Menteri sebelum ini menegaskan, Malaysia tidak akan berdiam diri susulan tindakan rejim Zionis Israel ke atas sukarelawan dan aktivis GSF.
Menurut Anwar, tindakan Israel menyekat misi itu bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak nurani masyarakat dunia.
Anwar menegaskan, Malaysia akan mengambil segala langkah sah berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila keselamatan warganegara sendiri menjadi taruhan.
Penganjur GSF melaporkan bahawa setakat jam 12.30 tengah hari waktu Malaysia, 19 daripada 46 kapal konvoi telah dipintas oleh tentera laut Israel.
Israel turut menyatakan lebih 200 aktivis yang menyertai konvoi GSF telah ditahan dalam usaha menembusi sekatan maritim ke Gaza.
Aktivis yang ditahan berasal dari sekurang-kurangnya 37 negara, termasuk Sweden, Brazil dan Perancis.
Misi ini bertujuan menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej solidariti kepada rakyat Palestin yang berdepan krisis kemanusiaan akibat konflik dan sekatan berpanjangan.
Penganjur flotila menyifatkan tindakan Israel sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa dan menyeru komuniti global agar bertindak balas.
Ringkasan AI
- Kerajaan Malaysia menggunakan saluran diplomatik untuk membebaskan 17 warganya yang dipintas oleh tentera Israel semasa misi kemanusiaan Global Sumud Flotila ke Gaza.
- Perdana Menteri dan Menteri Komunikasi menyuarakan bantahan tegas terhadap tindakan Israel yang dianggap mencabar undang-undang antarabangsa dan mengancam keselamatan rakyat Malaysia.
- Sebanyak 19 daripada 46 kapal konvoi telah dipintas, dengan lebih 200 aktivis dari 37 negara ditahan, termasuk penyanyi Heliza Helmi dan beberapa rakyat Malaysia lain.