MALAYSIA

Kerajaan ikhtiar sedaya upaya martabatkan Islam - PM Anwar

Bernama 01/07/2025 | 10:16 MYT
Perdana Menteri menghadiri MKI ke-73 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus berikhtiar dengan sedaya upaya dan kapasiti yang ada untuk memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI.

Ringkasan AI
  • Kerajaan komited memartabatkan Islam dalam kerangka Perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI, dengan usaha berterusan memperkukuh pembangunan insan berteraskan ihsan, adab dan ilmu.
  • Mesyuarat MKI ke-73 menjadi platform penting antara institusi Raja dan kerajaan, khususnya dalam menyelaras dasar dan hal ehwal Islam di peringkat nasional.
  • Mesyuarat dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Agama dan ahli MKI dari seluruh negara yang dilantik berdasarkan kepakaran masing-masing

Beliau dalam hantaran di Facebook berkata Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) menjadi medan penting antara institusi Raja dan kerajaan dalam menyelaras hal ehwal Islam di negara ini.
Anwar yang juga Timbalan Pengerusi MKI berkata ini khususnya dalam memperkasa pembangunan insan berteraskan ihsan, adab dan ilmu demi menjulang Karamah Insaniah.
Terdahulu, beliau menghadiri MKI ke-73 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, ahli dilantik mewakili negeri-negeri, pemimpin tertinggi kerajaan serta semua ahli MKI yang dilantik mengikut kepakaran masing-masing.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #Anwar Ibrahim #MKI #Martabat Islam #terkini