Kerajaan jamin hak penerima SARA, siasat salah guna MyKad - Saifuddin

Saifuddin berkata pihak KDN mengambil maklum mengenai aduan berhubung penyalahgunaan MyKad bagi menebus bantuan subsidi bersasar SARA oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah hak rakyat dan tidak akan membiarkan mana-mana penerima yang layak teraniaya akibat isu teknikal atau penyalahgunaan identiti.
Ringkasan AI
- Kerajaan memberi jaminan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah hak rakyat, dan tidak akan membiarkan penerima yang layak teraniaya akibat isu teknikal atau penyalahgunaan identiti.
- Sekiranya berlaku penyalahgunaan MyKad, baki sumbangan SARA akan dipulangkan kepada penerima selepas siasatan, dengan kerjasama antara Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
- Langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan, termasuk pemadanan data MyKad secara berkala, semakan versi kad, dan peningkatan keselamatan digital bagi memastikan penyaluran subsidi bersasar berjalan lancar.
"Sekiranya berlaku penyalahgunaan MyKad, baki sumbangan SARA akan dipulangkan semula kepada penerima yang terlibat setelah disahkan melalui siasatan," katanya dalam satu kenyataan.
Tegas beliau lagi, pihak KDN mengambil maklum mengenai aduan berhubung penyalahgunaan MyKad bagi menebus bantuan subsidi bersasar SARA oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam pada itu, laporan polis perlu dibuat oleh pemegang MyKad, manakala Kementerian Kewangan (MOF) bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca serta memastikan hak penerima dikembalikan.
Menurut Saifuddin lagi, KDN melalui JPN kini bekerjasama rapat dengan MOF untuk menyelesaikan isu teknikal berkaitan pengesahan dan keselamatan MyKad supaya pusingan seterusnya penyaluran subsidi bersasar dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami