MALAYSIA
'Kerajaan jamin kebajikan pembantu rumah Indonesia' - Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID: "Saya percaya masih banyak ruang untuk membincangkan perkara ini". - Gambar fail
Kerajaan akan melakukan penelitian mendalam berhubung isu pembekuan pembantu rumah Indonesia di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selari jaminan kebajikan selain keutamaan mengikut piawaian yang telah ditetapkan kepada pekerja dari Indonesia.
"Saya percaya masih banyak ruang untuk membincangkan perkara ini. Mungkin isu gaji minimum yang diminta masih boleh dibincangkan memandangkan ia berada di luar dari persetujuan awal yang dilakukan sebelum ini," katanya.
Turut hadir, Pengerusi Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia, Tan Sri Rais Yatim dan mantan Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Prof. Dr. Yusril Ihza Mahendra.
Dr Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar yang memetik kenyataan Presiden Indonesia, Joko Widodo yang akan melarang penduduknya ke luar negara untuk bekerja sebagai pembantu rumah bermula akhir bulan ini.
Indonesia juga tidak akan membenarkan warganegaranya menjadi pembantu rumah di negara-negara Asia Barat dan Hong Kong.
Bagaimanapun, pembantu rumah Indonesia yang sedia ada di negara-negara asing ini masih dibenarkan untuk bekerja sekiranya khidmat mereka dilanjutkan oleh majikan masing-masing.
Pada majlis sama, Dr Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk Rapat Alumni Nusantara bagi pembangunan penyelidikan antara Malaysia dan Indonesia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami