awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan jamin naik taraf aset dan program latihan UTK - Ahmad Zahid

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
01/01/2016
06:28 MYT
Kerajaan jamin naik taraf aset dan program latihan UTK - Ahmad Zahid
ZAHID : Walaupun selama ini mereka dari semasa ke semasa mempunyai aset tetapi saya merasakan mereka perlu diberikan aset baharu mengikut keadaan semasa. - Gambar fail
Keupayaan Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dipertingkatkan lagi menerusi pembelian aset terkini dan skim latihan di luar negara.
Itu azam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi meningkatkan kesiapsiagaan unit elit PDRM itu bagi berdepan sebarang ancaman keselamatan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut berkata, skim latihan bagi pegawai-pegawai terpilih akan di adakan di beberapa negara Asia, Eropah dan Amerika Utara.
Beliau juga berkata kerajaan turut berhasrat membina bangunan baru untuk UTK sebagai tanda penghargaan kepada unit itu.
"Saya ingin memberikan penghargaan kepada UTK, untuk mempunyai bangunan kekal sendiri dan dibina mulai tahun ini bagi menggantikan bangunan sementera kayu yang ada ketika ini.
“Kami juga akan memberikan beberapa insentif kepada UTK, terutama kepada aset dan perkakasan.
“Walaupun selama ini mereka dari semasa ke semasa mempunyai aset tetapi saya merasakan mereka perlu diberikan aset baharu mengikut keadaan semasa,"tambah Zahid.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan sambutan ulang tahun UTK ke-41 di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan Cheras, pada Jumaat.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Komander UTK, Datuk Hazani Ghazali, serta bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar.
UTK diilhamkan oleh Mohamed Hanif pada tahun 1970-an, selepas trend keganasaan mulai berlaku di seluruh dunia termasuk Tanah Melayu.
Antaranya insiden keganasan yang berlaku di Kejohanan Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.
Pasukan Unit Tempur Polis Amerika Syarikat (SWAT) turut mendorong dan membantu memberi konsep kepada Mohamed Hanif bagi penubuhan UTK di Malaysia pada ketika itu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#aset terkini
#PDRM
#skim latihan
#UTK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan