MELAKA: Kementerian Pendidikan memberi jaminan murid Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan terpinggir daripada mendapat mana-mana akses pendidikan terbaik hanya kerana mereka berada di sekolah berkenaan.
Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata jaminan itu termasuk mendapat semua bentuk kemudahan dan kaedah pembelajaran mengikut tahap pendidikan dan jenis peperiksaan yang akan diduduki murid terbabit.
"Jaminan di sini maksudnya semua murid di lapan Sekolah Intergriti dan tiga Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan dipinggirkan dengan mereka akan menerima pendidikan yang sama seperti murid di sekolah lain.
"Kita beri jaminan ini kerana mereka masuk ke sini dengan umur yang masih di bangku persekolahan dan pendidikan tetap menjadi keutamaan," katanya kepada media selepas merasmikan Program Hijrah Kasih ke-14 di Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini pada Khamis.
Beliau berkata antara jaminan akses pendidikan yang akan diperoleh murid berkenaan ialah mereka akan menduduki saringan literasi dan numerasi, mengikuti program khusus untuk meningkatkan literasi dan numerasi dan ditempatkan dalam satu daripada lima kluster iaitu akademi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), agama, seni dan budaya serta sukan.
Pelajar juga menurutnya, dijamin mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata keutamaan dalam pendidikan di Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney terbukti apabila sebanyak 86 calon telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2022 dengan lima calon berjaya mendapat keputusan 5A dan ke atas, manakala kelulusan calon di semua sekolah berkenaan ialah 100 peratus.
Sementara itu, beliau mengakui wujudnya kekangan dari segi jumlah tenaga pengajar di sekolah-sekolah berkenaan, namun memberi jaminan kementerian telah mengambil maklum dan akan menambahnya dari semasa ke semasa.
"Proses itu (pertambahan guru) berlaku sepanjang tahun dan setakat ini, kita mempunyai 83 guru di 11 sekolah berkenaan, kita komited untuk mengangkat martabat murid ini menerusi pendidikan tanpa mengira latar belakang atau status," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Fadhlina meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar-pelajar semasa hadir pada majlis Perasmian Program Hijrah Kasih di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas. - Foto BERNAMA
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Aidilfitri: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara pada raya ketiga, keempat
Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat.
Kerajaan jamin tiada murid Sekolah Henry Gurney, intergriti terpinggir
Kementerian Pendidikan memberi jaminan murid Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan terpinggir daripada mendapat mana-mana akses pendidikan terbaik.
Lakukan amang seksual, pemuda diperintah ke Sekolah Henry Gurney
Mahkamah memerintahkan seorang pemuda dihantar ke Sekolah Henry Gurney kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas 27 dan 28 Dis
Keluarga kepada semua penghuni di bawah institusi Jabatan Penjara dibenarmembuat lawatan sempena perayaan Krismas pada 27 dan 28 Dis ini.
Rogol adik kandung: Abang mangsa dihantar ke Sekolah Henry Gurney
Majistret, Norshazwani Ishak membuat keputusan itu selepas meneliti laporan sosial remaja terbabit yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Jabatan Penjara benarkan lawatan keluarga sempena Deepavali
Selain kaedah perjumpaan secara bersemuka, keluarga penghuni penjara juga boleh melakukan lawatan secara dalam talian.
Kisah Izzad Daniel: Dari Henry Gurney impi kerjaya di langit biru
Setiap orang berhak memiliki peluang kedua, atau seterusnya. Begitulah Muhammad Izzad Daniel Abdullah, alumni Sekolah Henry Gurney yang kini sedang mengejar impiannya menjadi manusia berjaya.
PKPD di tiga lokaliti di Melaka, Perak dilanjutkan - Ismail Sabri
PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka yang dijadualkan tamat pada 2 April dilanjutkan sehingga 16 April 2021.
Sekolah Henry Gurney: Pelatih baharu mungkin punca kes COVID-19 meningkat
Kemasukan pelatih baharu dari seluruh negara ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini mungkin menjadi antara punca utama peningkatan kes positif COVID-19 di pusat berkenaan.
KBS sedia 700 tempat bagi program kemahiran untuk belia tanpa SPM
Lebih malang, ada dalam kalangan belia kita yang sepatutnya sudah punyai SPM tetapi langsung tiada peluang untuk mendudukinya.