MALAYSIA
Kerajaan Johor komited perkukuh sektor perikanan - Zahari Sarip

Zahari memberitahu setakat ini, Johor mempunyai seramai 10,249 nelayan berlesen, terdiri daripada 9,228 nelayan laut dan 1,021 nelayan darat. - Gambar Zahari Sarip
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh komitmennya dalam memastikan golongan nelayan sentiasa menjadi keutamaan.
Ringkasan AI
- Pelaksanaan program tersebut adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri menerusi peruntukan sebanyak RM1.75 juta kepada sektor perikanan Johor bagi tahun 2025.
Katanya, inisiatif berkenaan bukan sahaja bertujuan meningkatkan hasil tangkapan nelayan, tetapi juga penting untuk memelihara kelestarian sumber marin agar sumber laut tidak terancam dalam jangka panjang.
“Kita percaya pelaburan ini akan membantu nelayan meningkatkan pendapatan melalui tangkapan yang lebih baik. Pada masa sama, ia menyokong usaha pemuliharaan perikanan dan memastikan sumber laut dapat dimanfaatkan secara berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyertai program Pelepasan Unjam dan Benih Ikan di sekitar perairan Pendas, Gelang Patah, Johor pada Khamis.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.
Jelas Zahari lagi, untuk memastikan stok perikanan negeri kekal terpelihara, sebanyak 1.67 juta benih ikan pelbagai spesies, termasuk udang galah turut dilepaskan ke perairan di tujuh daerah seluruh negeri Johor melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM340,000.
Menurut beliau, pelaksanaan program tersebut adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri menerusi peruntukan sebanyak RM1.75 juta kepada sektor perikanan Johor bagi tahun 2025.
“Peruntukan itu merangkumi pelaksanaan pelbagai program pembangunan termasuk pelepasan benih ikan, pelabuhan unjam, pembangunan estet kerang-kerangan, program-program lain yang menyasarkan peningkatan hasil tangkapan dan kebajikan komuniti nelayan.
“Kita mahu memastikan komuniti nelayan terus diberikan sokongan dari segi prasarana, pemuliharaan sumber serta bantuan ekonomi agar mereka kekal relevan dalam ekosistem makanan negara,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu setakat ini, Johor mempunyai seramai 10,249 nelayan berlesen, terdiri daripada 9,228 nelayan laut dan 1,021 nelayan darat.
Menurutnya juga, komuniti nelayan disifatkan sebagai tulang belakang kepada industri perikanan negeri.
Selain memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan makanan laut terutama di negeri ini kekal mencukupi, berkualiti dan berdaya saing.
Kerajaan Negeri juga jelasnya komited untuk terus menyokong pembangunan sektor perikanan secara mampan, agar ia terus memberi manfaat jangka panjang kepada nelayan, pengguna dan alam sekitar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami