JOHOR BAHRU:Johor mahu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) diteruskan biarpun jajaran baru tidak melibatkan Singapura.
Bagaimanapun kerajaan negeri tidak menghalang pelaburan dari republik itu sekiranya ia dilaksanakan.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata penamatan HSR memberikan peluang kepada kerajaan pusat untuk melihat semula dan membuat kajian mengenai projek berkenaan.
Katanya yakin kerajaan pusat akan meneruskan HSR tanpa melibatkan stesen di Singapura, mungkin dalam bentuk baharu tidak seperti asal.
Perubahan itu dari segi jajaran, kedudukan stesen, rangkaian perhubungan baru untuk lebih berdaya maju.
"Saya rasa kita tidak menolak kerjasama dengan Singapura, mungkin ianya satu kerjasama baharu. Saya percaya setiap pelaburan akan melihat kepada pulangan atau return of investment," katanya dalam siding media di pejabat UMNO Johor di Johor Bahru.
BACA: Perjanjian projek HSR Malaysia-Singapura tamat, terbatal secara sendiri
Jelas Hasni, bagaimanapun segala keputusan yang diambil perlu mendahulukan kepentingan rakyat.
Katanya, adalah satu kerugian jika HSR dibatalkan terus, kerana ia akan menjadi limpahan ekonomi besar kepada Johor dengan sebahagian jajaran berada di negeri ini.
Dengan kewujudan Rapid Transit Sistem (RTS) dan projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru di negeri ini, Hasni berkata bas rapid transit (BRT) di Iskandar Puteri juga akan dikaji semula untuk ditukarkan kepada LRT bagi melengkapkan sistem perhubungan rel di negeri Johor.
Namun, katanya rakyat perlu beri masa kepada kerajaan untuk kaji semula HSR dalam tempoh tiga atau empat bulan.
Tambahnya, kerajaan juga perlu segera jelaskan kepada rakyat mengapa pembatalan HSR terjadi, kerana ia melibatkan ganti rugi yang besar.
Astro Awani
Sat Jan 02 2021

Johor mahu projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) diteruskan biarpun jajaran baru tidak melibatkan Singapura. - Bernama

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

Polis tahan 2 lelaki Thailand miliki ganja mampat lebih RM100,000
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang, dekat Sik, pada Sabtu malam.

Tiada krisis dalam UMNO - Mahadzir Khalid
Mahadzir Khalid menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan segelintir pemimpin UMNO untuk terus menyokong Bersatu hanyalah pandangan masing-masing.
![AWANI 7:45 [07/03/2021]: Kit PCR boleh kesan varian baharu | UMNO dan Bersatu saling berkait AWANI 7:45 [07/03/2021]: Kit PCR boleh kesan varian baharu | UMNO dan Bersatu saling berkait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894135/8343694381615121794014_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [07/03/2021]: Kit PCR boleh kesan varian baharu | UMNO dan Bersatu saling berkait
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Syaff Shukri dan Jasmine Abu Bakar, Fokus #AWANI745: - Lebih 3 juta daftar vaksin COVID-19. - Ramai orang tua di Parlimen hanya alasan Takiyuddin. - Dana perubahan iklim boleh cetuskan rasuah.

Misteri MH370 | Voice 370 gesa kerajaan dedah rekod radar ketenteraan
Sebuah organisasi waris MH370 menggesa kerajaan Malaysia mendedahkan semua rekod radar ketenteraan berkaitan MH370 bermula dari 7 Mac hingga 8 Mac 2014. 'Voice 370' yang juga sebuah kumpulan sokongan waris antarabangsa berkata, pendedahan tersebut bagi membolehkan pakar-pakar bebas antarabangsa mengesahkan dakwaan laluan pesawat berkenaan pada malam kehilangan MH370.

Johor tunggu kelulusan buka dua PKRC swasta tempatkan warga asing
Setiap PKRC dengan kapasiti kira-kira 250 pesakit itu akan menempatkan warga asing terdiri daripada pekerja dan pendatang asing tanpa izin.

Kem PLKN Sri Ledang akan dijadikan PKRC kedua di Johor
Ia sebagai persediaan kerajaan negeri dalam berhadapan jumlah pesakit positif yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Kerugian akibat banjir di Johor cecah RM63.1 juta
Nilai kerugian itu meliputi harta benda dan kemudahan awam.

Johor minta kerajaan Pusat teruskan inisiatif laluan hijau dengan Singapura
Datuk Hasni Mohammad, berkata ia bagi membolehkan perkembangan ekonomi termasuk industri dan pelaburan di Johor terus berlangsung ketika menghadapi pandemik COVID-19.

Kerajaan Johor mahu projek HSR diteruskan
Penamatan HSR memberikan peluang kepada kerajaan pusat untuk melihat semula dan membuat kajian.

Pusat aktiviti belia TMIYC Johor dilancar
TMIYC dilihat sebagai satu permulaan dan penanda aras kepada tahap komitmen kerajaan negeri Johor terhadap golongan belia di negeri itu.

Hasni selamat, kelulusan Belanjawan Johor 2021 tepis pelbagai dakwaan
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 berjumlah RM1.857 bilion.

Belanjawan Johor 2021 diluluskan sebulat suara
Sesi penggulungan dan persetujuan berjalan lancar tanpa sebarang provokasi dan bantahan.

Geran RM30 juta bagi ringankan beban rakyat terkesan COVID-19 - MB Johor
Hasni berkata 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor juga akan mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 secara'one off'.

Muhyiddin hadir sidang DUN Johor
Sejauh mana sokongan terhadap Hasni sebagai Menteri Besar akan dapat digambarkan menerusi pengundian Belanjawan Johor 2021 yang bakal berlangsung pada sidang DUN hari ini.