awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Johor rangka pelan induk bagi JS-SEZ - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
19/02/2025
13:04 MYT
Kerajaan Johor rangka pelan induk bagi JS-SEZ - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata pelan induk itu membabitkan beberapa agensi utama seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor ketika ini sedang merangka pelan induk bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pelan induk itu membabitkan beberapa agensi utama seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan akan menggariskan pelan kerajaan bagi membangunkan JS-SEZ untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
"Kami sedang merangka Pelan Induk JS-SEZ dan dijangka memuktamadkannya pada Jun," katanya ketika sesi sembang santai pada persidangan Misi Perniagaan Persekutuan Perniagaan Singapura di sini, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia Ng Wei Wei bertindak sebagai moderator sesi tersebut.
Mengulas mengenai cara dana pembangunan infrastruktur sebanyak RM5 bilion yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi JS-SEZ akan dibelanjakan, Onn Hafiz berkata: "Dana RM5 bilion itu akan dimasukkan ke dalam pelan induk itu.
"Ia tidak akan digunakan secara ad hoc atau tanpa perancangan awal, kami perlu menyusun strategi bagi memastikan dana itu digunakan dengan sebaik-baiknya".
Beliau turut menyentuh beberapa perkara lain seperti infrastruktur awam, tarikan pelancongan, jalan raya dan pengangkutan awam, serta rancangan kerajaan bagi menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan untuk melabur, bekerja, tinggal dan bermain.
Selain itu, katanya, projek sistem Transit Aliran Autonomi (ART) bertingkat yang boleh membantu mengatasi masalah trafik di kawasan bandar bakal dimuktamadkan menjelang Mac.
"Saya akan mempengerusikan mesyuarat dengan Unit Perkongsian Awam Swasta (UKAS) dan Kementerian Pengangkutan," katanya.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan akan mengemukakan permohonan cadangan (RFP) bagi projek ART bertingkat itu selepas kementerian membentangkan cadangan projek tersebut kepada Kabinet pada Disember.
Selepas itu, Kabinet akan memutuskan sama ada RFP akan dikemukakan oleh UKAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Onn Hafiz
#pelan induk
#Johor Singapura
#JS SEZ
#Zon Ekonomi Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan