awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar

Bernama
Bernama
12/02/2025
10:20 MYT
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID). - Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memberi peringatan bahawa institusi pendidikan Islam swasta (IPIS) termasuk peringkat pendidikan awal kanak-kanak di negeri itu yang beroperasi tanpa didaftarkan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata sehubungan itu, kerajaan negeri menyeru agar semua IPIS didaftarkan sebagaimana kehendak Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (EPSAI) 1991, dengan pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
"Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) amat menitikberatkan perkembangan syiar Islam khususnya dalam bidang pendidikan Islam yang telah melangkaui 100 tahun perlaksanaannya.
"Kita juga menyedari dan menghargai peranan yang dimainkan oleh individu atau organisasi bukan kerajaan dalam menyumbang perkembangan pendidikan Islam namun institusi yang ditubuhkan wajib didaftarkan sebagaimana kehendak EPSAI 1991," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ini meliputi mana-mana sekolah agama Islam atau tempat termasuk masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balai Islam, pondok dan tadika di dalam negeri Johor yang lima orang atau lebih mempelajari atau mengajar mana-mana mata pelajaran yang berhubung dengan agama Islam.
Bagaimapuna, beliau berkata ia tidak termasuk sekolah agama yang berada di bawah Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri.
Jelas Mohd Fared tujuan pendaftaran ini bagi mengawal dan memastikan institusi tersebut diurus tadbir dengan baik untuk menjaga kebajikan pelajar dan diajar akidah yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Selain itu, beliau berkata ia juga bagi tujuan menjaga kebajikan petugas yang berkhidmat di institusi pendidikan Islam tersebut dan menyediakan guru bertauliah.
"Sehingga kini 229 IPIS telah berdaftar dengan MAINJ merangkumi 40 sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam (10), maahad tahfiz (149), madrasah pondok (22) dan lapan madrasah malabar Johor.
"Terdapat 25 lagi IPIS yang sedang melengkapkan proses pendaftaran dan 247 lagi yang diketahui beroperasi belum memulakan proses pendaftaran," katanya.
Mohd Fared berkata pelbagai usaha menambah baik sistem pendidikan Islam termasuk melalui pemerkasaan enakmen dan undang-undang, kebajikan dan latihan pengajar, naik taraf prasarana serta pendigitalan pendidikan dilaksanakan agar pendidikan Islam di Johor terus dipelihara dan diperkasakan secara terancang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#institut pengajian islam swasta
#ipis
#Kerajaan Johor
#daftar
#Mohd Fared Mohd Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan