Kerajaan Johor akan terus menambah baik taraf kehidupan masyarakat bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan dapat memberi kesejahteraan dan kebahagiaan kepada rakyat negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri tidak mahu menilai kemajuan berdasarkan pembangunan fizikal sahaja, sebaliknya turut mengambil kira pembangunan yang meningkatkan kualiti kehidupan penduduk.
"Kita tidak mahu mengukur kemajuan dan pembangunan dengan bangunan-bangunan pencakar langit tetapi lebih fokus kepada pembangunan yang berperikemanusiaan kepada rakyat di dalam negeri kita dengan mengambil kira kesannya kepada mereka.
"Perkara ini menjadi asas dan matlamat yang akan terus dilaksanakan seperti perancangan dibuat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di bawah Pelan Pembangunan Komprehensif (CDP), dibantu dengan pelaksanaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Bantuan Misi Kemanusiaan Johor Corporation (Jcorp) kepada Mercy Malaysia di pejabatnya di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan bandar raya Johor Bahru yang disenaraikan sebagai bandar ketiga mempunyai kualiti kehidupan terbaik di Asia Tenggara oleh "Mercer's 2017 Quality of Living Rankings", hari ini.
Penyenaraian tersebut dilakukan oleh sebuah firma antarabangsa, Mercer yang bertindak sebagai sebuah badan perundingan bagi tenaga kerja, kesihatan, persaraan dan pelaburan.
Dalam laporan tahunan kaji selidik kali ke-19 yang dikeluarkan pagi semalam, Mercer menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandar kedua terbaik, selepas Singapura di Asia Tenggara.
Bagi kategori Asia pula, Kuala Lumpur berada di tangga ke-10, manakala Johor Bahru di kedudukan ke-14.
Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri akan terus berusaha meningkatkan kedudukan tersebut bukan sahaja di peringkat Asia, malah di peringkat global.
"Kedudukan tersebut telah menggambarkan sedikit sebanyak usaha yang telah dilaksanakan selama ini. Kalau kita sendiri yang nilai mungkin ramai tidak akan percaya tetapi ia telah disahkan oleh badan bebas antarabangsa.
"Johor Bahru berada di kedudukan ke-103 dari 231 bandar di dunia. Jadi masih banyak perkara boleh diperbaiki untuk meningkatkan kedudukan ini. Namun, ia tidak boleh dilakukan kerajaan secara sendiri, ia juga bergantung kepada kerjasama orang ramai terutamanya pemaju-pemaju di dalam negeri kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2017
KHALED: Kerajaan negeri tidak mahu menilai kemajuan berdasarkan pembangunan fizikal sahaja.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
TBQ Amal tarik balik laporan polis anak jagaan dikasari guru sekolah
Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal) menarik balik laporan polis berkaitan isu pelajar di bawah jagaannya yang didakwa dikasari guru di sebuah sekolah di Johor Bahru.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
KPM pantau keadaan susulan pencemaran bau kimia di Johor Bahru
KPM terus memantau keadaan di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Geng Bala tumpas, 11 ahli diberkas
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala' yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu.
Sindiket dadah RM1.85 juta tumpas, ibu dan anak, pasangan kekasih ditahan
Ibu dan anak serta pasangan kekasih antara lima ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.85 juta.
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Reman terhadap seorang pengasuh dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki didera.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru
Lapan anggota dibantu sebuah jentera FRT dan Unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.