MALAYSIA
Kerajaan kaji kemungkinan haramkan Roblox, UMI - Nancy Shukri
Nancy (foto) berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan, dengan keputusan muktamad akan mengambil kira langkah bakal diambil oleh Australia yang merancang melaksanakan peraturan baharu terhadap Roblox pada Disember ini. -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk mengharamkan aplikasi permainan dalam talian popular Roblox dan UMI, susulan kebimbangan mengenai keselamatan dan kandungan yang mempengaruhi golongan muda.
Ringkasan AI
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan, dengan keputusan muktamad akan mengambil kira langkah bakal diambil oleh Australia yang merancang melaksanakan peraturan baharu terhadap Roblox pada Disember ini.
"Kita masih menunggu dan melihat bagaimana Australia melaksanakan peraturan itu. Mereka sedang merancang, tetapi belum dilaksanakan.
"Malaysia akan menilai sama ada pendekatan itu sesuai dengan keadaan dan budaya tempatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar abangnya yang berusia sembilan tahun dengan objek tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, Batu Pahat pada Isnin lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad pada satu sidang media tiga hari lepas dilaporkan berkata motif masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati abang mangsa berkemungkinan mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainkan terganggu dan semua 'point' dikumpulnya hilang.
Sementara itu, kerajaan Australia sedang meneliti sekatan penggunaan Roblox bagi pengguna berusia 16 tahun ke bawah, atas kebimbangan bahawa platform tersebut boleh memberi pengaruh negatif serta dikaitkan dengan beberapa insiden yang mencetuskan perhatian masyarakat antarabangsa.
Menurut Nancy, pelaksanaan dasar di Australia akan dipantau terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan rasmi mengenai aplikasi tersebut.
"Memang benar, perkembangan teknologi seperti ini ada pengaruhnya terhadap kes-kes yang berlaku. Sebab itu kita perlu berhati-hati dan belajar daripada negara lain sebelum membuat keputusan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Malaysia sedang meneliti kemungkinan mengharamkan aplikasi permainan Roblox dan UMI susulan kebimbangan terhadap keselamatan dan pengaruh negatif terhadap kanak-kanak.
- Keputusan akan mengambil kira pendekatan Australia yang merancang sekatan terhadap pengguna bawah 16 tahun, termasuk isu kandungan dan insiden berkaitan permainan tersebut.
- Menteri Nancy Shukri menegaskan perlunya berhati-hati dan belajar daripada negara lain sebelum membuat keputusan, susulan kes seorang kanak-kanak cedera akibat gangguan permainan Roblox.