Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Kerajaan kaji perkenal Dasar Tebus Guna Air Kebangsaan- Fadillah

KUALA LUMPUR, June 4 -- Deputy Prime Minister and Minister of Energy Transition and Water Transformation (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof, speaks at a Ministerial Session on “Powering Malaysia’s Next Growth Chapter: Energy, Economy & Digital In Sync” at the Energy Transition Conference 2026 here today.  -- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kajian itu turut menumpukan usaha mewujudkan asas-asas infrastruktur bagi keperluan dasar baharu berkenaan dan seterusnya. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menjalankan kajian menyeluruh untuk mewujudkan Dasar Tebus Guna Air Kebangsaan yang menjadi sebahagian daripada strategi masa depan, termasuk menyokong pembangunan pusat data.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kajian itu turut menumpukan usaha mewujudkan asas-asas infrastruktur bagi keperluan dasar baharu berkenaan dan seterusnya.

“Secara bersama, ini semua bukannya inisiatif terpencil, malah membentuk satu tindak balas kebangsaan bersepadu dan melibatkan infrastruktur tenaga, air dan digital.

“Pendekatan itu akan turut melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk kementerian, kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan Negeri dan pertubuhan bukan kerajaan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia (WDET) Kelima 2026 di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata pada masa ini Malaysia menghasilkan sejumlah 48.5 juta liter air yang ditebus guna sehari dan menyasarkan 118 juta liter sehari menjelang 2030 bagi penggunaan industri.

Selain itu, beliau berkata Pelan Strategik Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) 2026-2030 menterjemah wawasan berkaitan menerusi pelaksanaan sebanyak 119 program dan 133 sasaran yang boleh diukur dengan aspek pemodenan grid, pendigitalan serta pengurusan permintaan sebagai teras.

Mengulas pembekalan, Fadillah berkata Malaysia telah melepasi kapasiti pemasangan tenaga boleh baharu (TBB) 13.3 gigawatt setakat 2025 dengan tenaga solar mencatat pertumbuhan paling pantas.

Kerajaan juga, kata beliau, sedang membangunkan projek solar berkapasiti 1,000 megawatt bagi pembekalan tenaga bersih kepada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang secara langsung menyokong ekosistem infrastruktur dalam koridor berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement