KERAJAAN sedang mengkaji untuk meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapatkan status kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara secara automatik.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, ketika ini hanya bapa warganegera Malaysia yang dibenarkan memperoleh kewarganegaraan anak yang dilahir di luar negara, secara automatik sementara ibu perlu membuat permohonan bagi tujuan itu.
"Kita hidup dalam tahun 2019, lelaki wanita Malaysia harus mendapat layanan yang sama. Sebab itu kita telah menulis kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar untuk minta pindaan ini dibuat kerana banyak keluarga terjejas dengan undang-undang ini.
"Kita telah bermesyuarat sejak April tahun ini di mana tiga kementerian ini berbincang dan setakat ini maklum balas daripada kementerian terlibat adalah positif," katanya selepas menghadiri Kempen Kesamaan Kewarganegaraan Malaysia hari ini.
Kempen yang dianjurkan oleh Kumpulan Sokongan Pasangan Asing itu bertujuan memberi kesedaran mengenai kesan diskriminasi jantina terhadap wanita di negara ini.
Menurut Yeoh, isu membabitkan kewarganegaraan ini memberi tekanan, trauma dan menimbulkan masalah kepada keluaga dalam menguruskan anak mereka termasuk hal-hal kesihatan mahupun pendidikan.
Justeru beliau berharap usaha meminda Perkara 14 itu mendapat sokongan pelbagai pihak bagi memberi peluang yang lebih adil kepada keluarga dan kanak-kanak di negara ini.
"Kita sedang dapatkan statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara berapa permohonan di bawah kategori ini dan menerusi kempen ini saya percaya kepantasan (untuk meminda) akan bertambah dan kami berharap lebih ramai penggubal undang-undang akan dapat bercakap mengenai perkara ini.
"Malah perkara ini ada dalam Manifesto Pakatan Harapan untuk melihat semula undang-undang yang mendiskriminasi wanita," tambah beliau. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019

Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, kata Hanna Yeoh, akan dikaji bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapatkan status kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara secara automatik. - Gambar fail

GEMPAKxAWANI | Konsert saya, anda tak menyesal - Aina Abdul
Aina mengakui tertekan dengan konsertnya yang akan datang namun dia menyatakan tekanan ini satu tekanan yang biasa bagi seorang anak seni.

5G For All | YES lancar pelan 5G pertama di Malaysia
YTL Communications Sdn Bhd melalui perkhidmatan telekomunikasi YES, melancarkan pelan hebat ‘YES 5g For All' yang menawarkan kelajuan internet sehingga lebih 665mbps dengan harga bermula serendah 58 ringgit sebulan tanpa had. Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communication, Wing K. Lee berkata pelan itu menjadi pelan termurah dan terpantas di pasaran sekaligus sebagai langkah pertama memacu pembangunan 5g di Malaysia.

Majlis Keselamatan | China, Rusia veto resolusi sekatan Korea Utara
China dan Rusia menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi Amerika Syarikat bagi mengenakan sekatan ke atas Korea Utara. Undian akhir, 13-2 dalam kalangan 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan perpecahan mendalam antara negara anggota majlis itu terhadap Pyongyang.

Fail Polis Xinjiang | Ribuan bukti, gambar tahanan Uyghur didedahkan
Fail tersebut yang dinamakan “Xinjiang Police File” diperoleh selepas penggodam berjaya memasuki pangkalan data polis di Xinjiang dan kemudian menyerahkan semua bukti tersebut kepada penyelidik dan aktivis dari Amerika Syarikat, Dr Adrian Zenz.

Politik | Parti Muhyiddin semakin lemah – Ahmad
Keputusan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraidah Kamaruddin yang keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu tidak akan berlaku sekiranya Akta Antilompat Parti segera dikuatkuasakan.

Malaysia dipilih sebagai anggota Majlis Pentadbiran Institut Statistik bagi Asia dan Pasifik - Jabatan Perangkaan
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin akan mewakili Malaysia sebagai anggota majlis.

HFMD | Jangan hantar anak jika dijangkiti
Ibu bapa disaran supaya tidak menghantar anak mereka yang dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) ke taman asuhan kanak-kanak (Taska) atau pusat jagaan harian bagi mengelakkan penularan penyakit itu.

PICKids | Tiada lagi vaksin percuma untuk kanak-kanak selepas 31 Mei
Tiada lagi vaksin Pfizer dan Sinovac secara percuma yang akan ditawarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) selepas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) tamat pada 31 Mei ini. Pengurus Program Vaksin ProtechHealth, Dr. Hue Hwa Ching berkata, bagaimanapun bagi kanak-kanak yang baharu sahaja memasuki usia 5 tahun pada atau selepas tarikh tersebut masih boleh mendapatkan suntikan pertama dan kedua bagi vaksin tersebut di PPVGP atau klinik swasta.

Isteri Wan Junaidi meninggal dunia
Isteri kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datin Seri Fiona Norjanah Sim Abdullah meninggal dunia pada Jumaat.

Mahkamah | Suami isteri didakwa kes perdaya restoran tidak wujud
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memperdayakan dua rakan kongsi mereka berhubung perniagaan restoran yang tidak wujud.

Kerajaan kaji pinda Perlembagaan beri keadilan isu kewarganegaraan
Kerajaan sedang mengkaji untuk meminda Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia mendapatkan status kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara