awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kaji semula keberkesanan kempen GST menerusi media cetak & elektronik

Bernama
Bernama
11/01/2014
23:56 MYT
Kerajaan kaji semula keberkesanan kempen GST menerusi media cetak & elektronik
Kerajaan akan mengkaji semula keberkesanan kempen penerangan mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menerusi media cetak dan elektronik, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata keberkesan kempen hebahan maklumat GST menerusi akhbar, televisyen, radio dan juga papan iklan akan dinilai semula supaya kaedah susulan diambil bagi membolehkan masyarakat lebih memahami dan tidak terkeliru dengan sistem percukaian baharu itu.
Kerajaan akan memperkenalkan GST sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.
Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata sesi penerangan GST di peringkat akar umbi masih berkurangan dan menyarankan jentera parti di setiap bahagian mempergiatkan kempen dalam menjelaskan secara terperinci kepada golongan itu.
"Saya mengakui masih kurang sangat jentera Umno turun padang," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena), di sini hari ini.
Selain kempen penerangan, katanya orang ramai juga boleh mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan GST melalui pelbagai saluran termasuk melayari laman sesawang www.gst.customs.gov.my dan talian hotline 1300-88-500.
Mengulas mengenai dakwaan pakatan pembangkang bahawa berlaku ketirisan sebanyak RM20 bilion oleh kerajaan pada setiap tahun, Ahmad berkata perkara itu tidak pernah berlaku dan pembohongan pembangkang semata-mata.
"Segala tuduhan pembangkang itu langsung tidak benar dan kita menafikannya.
Tidak ada ketirisan RM20 bilion itu, tidak ada data, fakta dan bukti. Yang ada ialah teguran Ketua Audit Negara iaitu RM1.5 bilion daripada perbelanjaan RM220 bilion, itu sahaja yang ada," katanya.
Topic Berkaitan
#cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
#Datuk Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan